Sunday 4 December 2016

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Bahasa Melayu diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Namun, pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik, terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan.
Pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan komunikasi lisan pelajar.


Isi

1.  Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Terutama dari segi pembinaan ayat yang  gramatis. Isi yang hendak disampaikan menjadi kurang berkesan. Apatah lagi jika isi itu disampaikan secara lisan.

2.  Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina, Tamil, malah bahasa Thai. Pelajar Melayu pula dipengaruhi oleh bahasa dialek.

3.  Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan am.

4.  Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar.

5.  Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas. Komunikasi menjadi tidak lancar.

6.  Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan.Pelajar terbawa-bawa dengan bahasa daripada laman sosial seperti laman “facebook”, laman “whatapps”,dan sebagainya.


Kesimpulan
Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu baku sangat penting.
Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan imej negara.

No comments:

Post a Comment