Thursday 30 August 2018

Sebab Aku Tulis Blog

         Mostly, sekarang dunia di hujung jari. Apa2 soalan kemusyikilan, kemeniruan, ehh wujud ke perkataan tuh 😌, taip je kat google search. Semua benda keluar.

           Dan kalau kita tengok pun, semua penulisan blog banyak around tahun 2012, 2013 mcm tu, so sbgai warganegara yg prihatin, *ahaks batuk jap, aku rasa nak tolong memperbanyakkan post2 di internet. Ye la, nak bantu mana tau benda yg kau nak search tu ada kat blog aku.

            Then, ada content esei yg aku rasa sayang. Dari aku buang kertas tu, baik aku share kat sini. Ada juga manfaat utk orang lain.

             Ada masa aku rasa nk meluahkan dengan penulisan.

             Bosan

             Saja kalau mood rajin menaip datang tiba2 di malam hari

             Bangga seh, cer tanya tanya kerat je remaja macam aku yg ada blog sendiri. Dalam kelas bangga wei angkat tangan bila cikgu tanya sapa sini ada blog. Aiyeee 😝😝😝😎. Yang lawaknya, ada classmate aku busybody nak tahu nama blog aku apa. Hahaha. NO WAY BRO! Payah kalau org yg kenal aku tahu pasal blog ni.

KAWAN

K.A.W.A.N.

Perkataan yg biasa tetapi memberi makna luar biasa dlm sebuah kehidupan seseorang.

Semasa kita masih bayi, ibu dan ayah merupakan sahabat kita yg pertama. Kenapa aku guna word sahabat?

Ya kerana bg aku status kawan dan sahabat ialah berbeza. Nanti aku explain kt korang.

So, back to atas, selepas itu, kita membesar pergi ke tadika pulak. Hmm kt situ, pelbagai macam ragam telatah kawan2 kau boleh tengok. Ada yg nangis la, ada yg melukis, tak dilupa ada yg acah2 nak buli kawan dia, tarik rambut bagai (Eh...mcm ada pengalaman ja..hhahaha no komen).

Kemudian, masuk ke alam persekolahan sekolah rendah, jeng jeng, kt sini bermulalah pencarian kwn yg sebenar...(kononnyela..walhal masa tu masih mentah, ada yg puasa separuh hari, yg x sempat pergi toilet, yg meniru dlm peperiksaan, tipu cakap demam semata2 xmahu ke sekolah.)

Kawan di sekolah rendah berbeza berbanding kawan di sekolah menengah. Waktu tu semua belum matang. Jadi soal termakan hati, sentap, cemburu, sedih tu tak la serius sngt compare to bila korang masuk ke alam sekolah menengah n  university n work, guys.

Kawan pula ada pelbagai jenis.
Ada kawan makan kawan.
(seperti yg kita semua sedia maklum..ehem..)
 Ada kawan yg mcm kalu boleh kita nak daftarkan dia as famili kita sekarang juga! Ada kawan yg datang dlm hidup kau mengajar kau erti kehidupan
Ada kawan mengajak kau ke arah kebaikan
Ada kawan ambil kesempatan ats kebaikan kau
Ada kawan pinjam duit kau, pastu buat2 lupa.
Ada kawan yg hadir memberikan kau inspirasi dan semangat.

Ok...takat tu dahla. Aku penat tulis ada..ada..ada.

Oleh sebab itu, pemilihan kawan sangat penting. Tanyalah bebudak yg amik UPSR ka, PMR ka..opss PT3 ka, SPM ka, STPM ka, konfem isi dlm karangan yg berkaitan punca seseorang individu terjebak dngn apa2 pun, sahih diorang akan tulis..."pengaruh rakan sebaya". Toksah dok muhong aku. Memang yg tu yg korang tulis pun.

Moral value kt sini ni, please, carilah SAHABAT yang dapat membimbing lau ke arah kebaikan. Menjauhi kemungkaran. Kawan kau reflect diri kau sebenarnya. Sekian.

Pengalaman Hilang Kad Bank (CIMB)

Al kisah, satu hari ni, aku pergi nk tolong withdraw duit mak aku.

Masukkan kad, mesin atm tu tulis ada problem, cuba nanti, n then entah mcm mana tetiba keluar kertas resit tu tulis transaksi tidak berjaya.

Jenis org macam aku. Yg dah biasa dngn rutin, masuk kad=>buat urusan=>amik kad=>amik resit=>balik rumah.

Jadi aku amik kertas 'resit' tu, then blah. Tanpa aku sedar. Ya. Aku tak ambil kad cimb balik.😭😭😭😭. (Masa ni, maki diri sendiri. Tu la CUAI lagi! Mati la aku. Alasan apa aku nk bagi kt mama)

Aku syak mesin atm telan. Habis takkan aku nk tunggu masa pegawai bank datang refill duit dlm mesin atm tuh. Dah la lusa tu nk pi melancong. Tak sempat..aku dah kesuntukan masa.

Balik rumah, minta ampun kt mak dlu 😅, cerita dari A-Z.

So apa tindakan yg harus dibuat?

1) Jangan panik. Hilang hilang dah. Masalah boleh setel.

2) Kalau korang sure kad atm hilang sebab diri sendiri, dan bukan org curi kad, dan urgent korng perlu duit dlm akaun tu,

-Melalui online banking, transfer duit siap2 pada akaun adik ke abg ke, or sapa2 yg korang percaya.

3) Telefon no cimb customer service. Google sendiri 😅. Nanti ada untuk, laporkan kehilangan kad atm.

4) Pegawai in charge akan tolong block access kad tu, thats why urusan online banking pun xboleh dah.

(Macam case aku, ingt nak boleh setel senyap2 sbb aku tahu no pin, n ingt leh rahsiakan dri mak aku, tapi ada 2 masalah.

-pegawai tu minta nk cakap dengan tuan empunya kad utk security purpose.

-nanti ambil kad di bank, perlu thumbprint,

KESIMPULANNYA, haha xleh setel senyap2 😂😣😭😳. Pandai hilangkan pandai tanggung 😢😢😢)

4) Boleh request kad di mana2 cawangan cimb berdekatan, dan di cas rm12.

Masalahnya skang, aku n mak aku dah nk gi bercuti. Benda jadi hari khamis. Lagi tak setel urusan ni, mau  percutian ni habis aku kena bebel 😫

Hari Jumaat, smpai di KLIA 2, ingt nk p cawangan CIMB KLIA 2, rupanya situ hanya urusan money changer. Kad bank apa sume hal di CIMB KLIA 1. So esoknya pergi KLIA 1, sbb dah hari jumaat kami dh penat. Jap je setel. Semudah a b c. Aku pun baru leh amik nafas lega. Kalau tak peluh sejuk je 😅😂 takut punya pasal.
.
Sekian 😉. Tinggal la komen kalau post ni bantu anda. Sian aku taip panjang nih 😂😂