Sunday 24 December 2017

Esei Pengajian Am Langkah Meningkatkan Industri Halal

Logo Halal Malaysia membuktikan Malaysia telah membuat persediaan untuk meningkatkan industri halal di negara ini. Jelaskan.


1) Logo Halal

   Malaysia telah mempunyai institusi iaitu JAKIM yang bertanggungjawab mengeluarkan logo-logo syarikat kepada syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Logo ini juga meningkatkan kepercayaan masyarakat tempatan dan seluruh dunia terhadap produk halal Malaysia yang telah dieksport ke luar negara



2) Sijil Halal

   Industri halal dapat dimajukan kerana Malaysia mempunyai standard halal. Malaysia mempunyai persijilan halal mengikut iaitu MS 1500 : 2004. Dengan adanya standard ini, Malaysia menjadi destinasi pilihan perdagangan produk halal. Standard ini turut diguna pakai dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


3) Mengadakan Pameran Halal Antarabangsa

    Pameran ini diadakan setiap tahun untuk mengumpul pihak yang berkaitan dengan industri halal di samping mempromosikan produk halal. Pameran ini juga telah membuka peluang yang luas kepada pengusaha produk halal dan dapat meningkatkan jaringan produk yang halal


4) Membangunkan Infrastruktur

    Malaysia menyediakan pusat penyembelihan yang memenuhi piawaian industri tersebut. Sebagai contoh, Hab Halal Tanjung Manis dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilengkapi prasarana terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur dalam industri ini. Malaysia bersedia menjadi hub makanan halal antarabangsa dari segi penjenamaan, pemprosesan dan pemasaran makanan halal dengan adanya Taman Halal Pahang

5) Kepakaran Dalam Pengurusan Sistem Dan Prosedur Persijilan

   Kerajaan Malaysia telah menawarkan kursus pemprosesan makanan menggunakan teknologi terkini. Begitu juga dalam kursus pengurusan ladang dan teknologi makanan. Tenaga pakar dalam bidang ini ditingkatkan bagi memajukan industri halal Malaysia.



Esei Pengajian Am Infrastruktur

Infrastruktur disediakan oleh kerajaan bagi kemudahan dan keselesaan rakyat serta menjalankan aktiviti ekonomi negara. Dalam mencapai hasrat tersebut, wujud pelbagai halangan. Jelaskan.

1) Halangan politik

   @Kerajaan dan pihak swasta tidak bekerjasama

   @Kerajaan memiliki kepentingan untuk membangunkan infrastruktur bagi masyarakat


2) Masalah Pengambilan Tanah

    @Kerajaan Negeri kurang prihatin terhadap pembangunan infrastruktur kerana tidak mendatangkan keuntungan

     @Tanah milik pemilik tanah tidak bersetuju dengan pampasan dan enggan menyerahkan tanah
  mereka


3) Kos Yang Meningkat

     @bagi membayar pampasan tanah yang diambil -tanah dprlukan utk menyediakan infrastruktur bagi menjalankan pembangunan seperti perumahan, perindustrian dan perdagangan

      @ tanah perlu diambil untuk menyediakan infrastruktur bagi memajukan kawasan bandar dan luar bandar


4) Kelemahan Kontraktor

     @Pihak kontraktor membina sesuatu infrastruktur dengan menggunakan baban tidak mengikut spesifikasi

     @Gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan

     @ Memilih projek yang memberi keuntungan kepada syarikatnya



5) Penyelewengan / Rasuah

    @ Persaingan kontraktor untuk mendapatkan tender/projek bagi membina infrastruktur

    @ Memberi wang supaya mereka memperoleh projek tersebut

     @ Sebelum mendapat tender, kontraktor berjanji akan menyediakan infrastruktur seperti dijanjikan namun selepas dapat, mereka tidak berbuat apa-apa
 


    

Esei GST

Isi

MANFAAT GST: 

1) Sumber pendapatan kerajaan meningkat

    -GST ialah salah satu sumber pendapatan negara selain daripada industri perindustrian dan industri pelancongan
    -Kerajaan dapat mempunyai pendapatan yang banyak
    -Lebihaan daripada pendapatan itu digunakan untuk meningkatkan prasarana dan kebajikan rkyt
   - Misalnya, kerajaan dapat memperbaiki dan menyediakan sistem pengangkutan yang lebih baik hasil daripada pungutan GST
  
2) Sistem percukaian yang telus dan adil

     -Setiap perniagaan yang mengenakan GST perlu mendaftarkan perniagaan mereka kepada pihak kastam
     -GST sebanyak 6% dkenakan kepada semua barang kecuali barangan dan perkhidmatan asas
     -Sebagai contoh, beras, minyak masak dan gula merupakan barang asas yang tidak dikenakan GST
    -Tindakan tegas akan diambil sekiranya seseorang itu sesuka hati mengenakan GST pada semua barang

3) Mengurangkan cukai pendapatan individu


MASALAH / CABARAN

1) Kuasa beli pengguna menurun

-Pelaksanaan GST menyebabkan pengguna terpaksa merancang perbelanjaan
-Jumlah gaji bulanan yang tidak meningka turut mengurangkan kuasa beli pengguna
-Pengguna hanya membeli barang keperluan dan barang makanan
-Mereka akan menangguh pembelian barangan seperti telefon bimbit dan televisyen berskrin besar kerana tidak penting pada masa sekarang


2) GST dimanipulasi oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan

-Agensi yang terlibat secara langsung dalam pungutan GST terpaksa menambah bilangan sumber tenaga
-Sumber tenaga yang banyak diperlukan untuk melakukan pemantauan kerana sudah pasti ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksaan GST
-Sebagai contoh, ada penjual sengaja tidak mempamerkan GST pada tanda harga barang jualannya

3) Membebankan pengguna






Saturday 23 December 2017

Pelanunan

PUNCA-PUNCA

  1. pekerjaan turun-temurun
  2. bentuk muka bumi (Gugusan Kepulauan Melayu)
  3. ketidakstabilan politik (Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo)
  4. desakan ekonomi
  5. perdagangan (jenis perdagangan melalui kapal memudahkan lagi kegiatan pelanunan
LANGKAH-LANGKAH

  1. Kuat kuasa undang-undang laut - perlu memperkasa lagi kuat kuasa undang2 sedia ada
                                                             - contoh: hukuman gantung sampai mati

      2. Tingkatkan Teknologi senjata   - kerajaan perlu memiliki senjata yang berteknologi tinggi
                                                            - mudah membanteras kegiatan lanun

      3. Memantau perairan dengan lebih kerap - untuk mempergiatkan rondaan

      4. Bekerjasama dengan negara luar - kawasan perairan kedua-dua negara akan selamat

      5. Syarikat/pemilik kapal mengambil langkah proaktif

KESAN-KESAN

      1. menjejaskan perdagangan dan mengancam nyawa
      2. menjejaskan hubungan antarabangsa
      3. menjejaskan sektor pelancongan

Karangan Ciri-Ciri Pemimpin Berintegriti Tinggi

1) Mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memajukan negara

  • kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu rakyat daripada golongan berpendapatan rendah
  • pemimpin politik (beri pada semua orang)

2) Mempunyai pegangan agama/moral yang kukuh

  • menjalankan tanggungjawab ikhlas
  • menganggap tugas sebagai ibadah jadi tidak timbul isu penyelewengan
  • tidak menggunakan agama sebagai alat politik untuk mencapai matlamat
3) Sedia mendengar dan menerima pendapat orang lain

  • sedia mendengar dan menerima pendapat orang lain
  • pemimpin politik yang berintegriti tinggi akan mendengar semua pendapat orang bawahan atau rakyat biasa
4) Mesra dengan rakyat

  • rakyat memilih sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat
  • pemimpin turun padang 
5) Berilmu dan berpengetahuan luas

  • mempunyai kelayakan yang tinggi supaya dapat merangka program yang dapat memajukan negara
  • mengadakan rundingan

Keselamatan Makanan

Faktor Orang Curiga

- tahap kebersihan makanan
-sikap mengeluar makanan
-penggunaan bahan kimia
-krisis makanan
-makanan palsu di pasaran

Langkah Mengatasi

-melakukan pemantauan oleh pihak berkuasa
-meningkatkan standard kebersihan penyediaan makanan
-memberi pengiktirafan kepada pengeluar makanan bersih


Masalah Perumahan

9 MASALAH PERUMAHAN

  • kos pembinaan rumah meningkat
  • sikap pemaju perumahan
  • permintaan melebihi penawaran
  • persaingan guna tanah
  • dasar kerajaan (-rizab Melayu ditukar ganti menjadi milik bebas dan memastikan rumah dibina dapat dimiliki semua golongan rakyat

  •  harga rumah mahal
  • rumah tidak berkualiti
  • rumah terbengkalai
  • syarat pinjaman yang ketat

Esei Pengajian Am Pengangkutan Awam

Sistem Pengangkutan awam yang cekap merupakan pemangkin kemajuan ekonomi Malaysia. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat tidak berminat menggunakan pengangkutan awam ini. Bincangkan.


Bil
Isi/Idea
Huraian
KEPENTINGAN

1
Menjimatkan perbelanjaan dan masa
Ø  Kecekapan sistem pengangkutan awam akan mewujudkan penjimatan perbelanjaan dan masa
Ø  Menjimatkan kos hidup dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain
Ø  Tidak perlu berbelanja untuk membeli bahan minyak, bayar tol dan parkir
2
Mengurangkan masalah kesesakan jalan raya
·         Mengurangkan jumlah pneggunaan kenderaan di jalaan raya
·         Pengangkutan awam seperti kereta api transit aliran ringan boleh menampung ramai penumpang dalam satu-satu masa
·         Masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian jumlah kenderaan dapat dikurangkan di jalan raya
3
Mengurangkan pencemaran alam
Ø  Sistem pengangkutan awam yang semakin cekap disediakan di Bandar-bandar utama boleh mengurangkan masalah pencemaran udara.
Ø  Bilangan kenderaan persendirian semakin berkurangan di dalam Bandar-bandar utama kerana lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam dan pembebasan karbon monoksida melalui asap kenderaan dikurangkan seterusnya mengurangkan peningkatan suhu dunia
4
Peningkatan produktiviti
·         Meningkatkan kualiti produktiviti hidup masyarakat
·         Membolehkan pekerja sektor awam dan swasta menjimatkan masa ke tempat kerja
·         Tiada masalah kesesakan jalan raya dan tiba ditempat kerja tepat pada waktunya
·         Mengurangkan penggunaan tenaga fizikal akibat pemanduan
5
Penggunaan tenaga lebih cekap
Ø  Memaksimumkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber tenaga
Ø  Menjimatkan penggunaan tenaga petroleum dan diesel
Ø  Monorel dan komuter mengurangkan penggunaan minyak petroleum dan beban kenaikan harga minyak dapat dikurangkan
B) PUNCA TIDAK BERMINAT

6)
Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan
Ø  Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi
Ø  Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi
Ø  Jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen rosak
7)
Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepada
Ø  Rangkaian pengangkutan udara terdiri daripada pengangkutan bas, teksi, sistem transit tren ringan (LRT) dan monorel.
Ø  Penumpang terpaksa bergerak ke stesen yang lain untuk meneruskan perjalanan.
Ø  Hal ini akan menyukarkan penumpang terutamnya warga tua dan kelainan upaya
8)
Risiko menjadi mangsa jenayah
Ø  Sikap sesetengan penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas dan teksi yang tidak sopan dan keterlaluan sehingga melakukan jenayah seksual.
Ø  Aktiviti seluk saku dalam kalangan penumpang
Ø  Golongan wanita takut dan trauma
9)
Sikap negatif masyarakat
Ø  Menganggap mereka yang menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin
Ø  Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam

Esei Pengajian Am Elemen Memelihara Kemerdekaan Negara

Jati diri rakyat yang kukuh merupakan satu elemen yang dapat memelihara kemerdekaan negara. Jelaskan.

Elemen Lain Yang Dapat Memelihara Kemerdekaan Negara

1) jati diri rakyat yang kukuh
-dapat menangkis ancaman budaya luar/negatif/penjajahan minda
-mempunyai semangat cinta kepada negara

2) perpaduan yang kukuh
-rakyat yang berbilang kaum dapat hidup bersatu padu dalam suasana harmoni
-tidak memberi ruang kepada campur tangan kuasa asing

3) kestabilan politik negara
-kestabilan politik mewujudkan keamanan negara
-pentadbiran kerajaan tiada campur tangan
-mendapat kepercayaan daripada rakyat

4) ekonomi negara yang stabil
-kewangan negara stabil
-menjamin pendapatan dan peluang pekerjaan
-penjajahan ekonomi oleh kuasa asing dapat dielakkan

5) hubungan diplomatik yang baik 
-hubungan diplomatik antara negara serantau dan global
-mewujudkan perkongsian maklumat dan pemindahan teknologi
-menghormati hubungan baik antara negara

Esei Pengajian Am Jurang Digital

Jurang Digital merupakan masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) dalam kalangan masyarakat di negara ini. Huraikan.

ISI WAJIB

1) Jurang Digital

-kawasan pedalaman masih kurang menerima capaian Internet
-kemudahan ICT masih kurang disebabkan oleh bentuk muka bumi yang sukar
-penduduk di bandar lebih terdedah kepada ICT berbnading dengan penduduk luar bandar

2) Kadar Literasi Komputer

-kadar literasi komputer masih rendah
-kadar yang rendah berpunca daripada kemampuan dan taraf hidup penduduk luar bandar
-golongan tua tidak terdedah dengan komputer dan menjadi golongan paling rendah menguasai komputer

3) Kos yang tinggi 

-kos yang tinggi diperlukan untuk menyediakan kemudahan komputer dan penyelenggaraan komputer
-kos juga diperlukan untuk memberikan latihan, kursus dan pendedahan kepada warga tua dan generasi di luar bandar
-keadaan ini melambatkan penguasaan rakyat terhadap ICT.

4) Penerimaan Masyarakat

-masyarakat lebih mengutamakan keperluan harian
-masyarakat menganggap ICT banyak membawa impak negatif
-ICT dianggap menjejaskan nilai-nilai murni masyarakat

5) Pengaruh Budaya Tinggi

-ICT dianggap sebagai alat/ideologi bahawa yang boleh merosakkan akhlak
-kebanyakkan rakyat tidak memanfaatkan ICT dengan betul sehingga membawa impak yang negatif
-penggunaan ICT dikatakan menyebabkan rakyat kurang berfikir, kurang inovasi dan kurang kreatif
-penyalahgunaan ICT menyebabkan masyarakat terjebak dalam masalah salah lakuu, penyebaran fitnah dan khabar angin

Esei Punca-punca Penderaan Kanak-kanak

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak, namun kes ini masih meningkat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini terus berleluasa dalam negara kita.

ISI

PUNCA

1) Kurang pengetahuan ibu bapa

2) Kegagalan institusi kekeluargaan

3) Kurang penghayatan agama dan nilai murni

4) Persekitaran yang kurang kondusif

5) Tekanan ekonomi yang dihadapi

6) Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

Esei Pengajian Am Pembangunan Lestari

Pembangunan fizikal dan aktiviti pertanian perlu ditangani dengan mengamalkan pembangunan lestari bagi memastikan fungsi dan alam sekitar dapat dimanfaat. Jelaskan.

1) KAWALAN PERTANIAN LESTARI

   -mengamalkan pertanian dengan menggunakan baja kompos dan baja organik berbanding baja   
     kimia
   -menggunakan kaedah biologi seperti memelihara burung untuk menghaouskan tikus dan serangga 
     persoal berbanding racun perosak.

2) AKTIVITI MENANAM SEMULA

    -menanam semula pokok yang ditebang
    -mempraktikkan amalan menebang pokok yang sudah matang yang melebihi 30 tahun

3) MENGAPLIKASI TEKNOLOGI HIJAU
    -mengurangkan penggunaan sumber alam dan tenaga
    -sumber tenaga sedia ada diguna secara berhemah untuk mengurangkan kepada alam sekitar
    -menggunakan tenaga alternatif yang mesra alam

4) PEMBANGUNAN BERHEMAH
    -melaksanakan pembangunan berasaskan konsep Bandar Hijau, Bandar Dalam Taman, Bangunan    Hijau
    -mengurangkan kesan pulau haba bandar
    -mengurangkan pembinaan bangunan kaca yang menyebabkan peningkatan suhu
    -mengurangkan penerbangan hutan apabila membangunkan kawasan baharu

5) MENGAMALKAN KITAR SEMULA
    -kitar semula dapat mengurangkan penebangan hutan
    -pengasingan sisa buangan dapat mengurangkan tekanan dan longgokan sisa yang boleh menyebabkan pencemaran
     -menjamin kelestarian alam







Esei Pengajian Am Kelebihan Teknologi Hijau

Fenomena perubahan suhu global telah meningkatkan lagi tuntutan pengaplikasian teknologi hijau. Kerajaan bersedia untuk memberikan insentif kepada mana-mana pihak yang dapat meningkatkan perkembangan teknologi berkesan. Jelaskan kelebihan aplikasi teknologi hijau.


1) mengatasi masalah pencemaran alam sekitar        

- pencemaran udara, air dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan
-teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti air dan udara
-mengurangkan teknologi rendah karbon seperti solar dan hidro
-mengurangkan pelepasan karbon ke udara

2) memanjangkan hayat sumber tenaga fosil

3) mengekalkan keseimbangan alam
-pencemaran udara, air dan bunyi akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah dibiarkan berterusan
-menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima
-melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup

4) menjayakan pembangunan lestari
- teknologi hijau mengurangkan  impak kepada alam sekitar
- kerajaan cuba mengorientasikan semula industri dua kali ganda dari sedia ada
-bangunan hijau dibina bagi mengelakkan pulau haba dan menggunakan teknologi jimat haba

5) sumber tenaga alternatif dan mesra alam

6) mengekal dan memelihara sumber air

Demonstrasi Jalanan

Kesan Demonstrasi Jalanan

  • menjejaskan imej negara
  • mengancam keselamatan negara/masyarakat
  • menjejaskan ekonomi negara
  • menjejaskan keamanan dan keharmonian
  • menyebabkan kerugian


Esei Pengajian Am Faktor-faktor Mempengaruhi Pelancong Berkunjung ke Negara

Rajah menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi pelancong berkunjung ke sesebuah negara. Kedatangan pelancong dipengaruhi oleh faktor langsung dan tidak langsung.

Faktor Langsung

1) Budaya

- tarikan budaya masyarakat setempat di sesebuah negara secara langsung akan mempengaruhi pelancong untuk berkunjung ke sesebuah negara.
-budaya setempat yang unik akan mempopularkan sesebuah negara
-sebagai contoh, budaya yang pelbagai dan unik seperti di Malaysia menjadi daya tarikan pelancong ke negara ini.

2) Keindahan alam semulajadi

-bukit bukau, gunung-ganang, air terjun
-eko-pelancongan
-menenangkan fikiran dan menghirup udara segar
-New Zealand
-pemandangan yang unik berbanding negara asal

3) Pendapatan

-pendapatan mempengaruhi kedatangan pelancong ke sesebuah negara
-orang yang berpendapatan tinggi mempunyai kemampuan untuk melancong lebih kerap berbanding orang yang berpendapatan sedikit.

Faktor Tidak Langsung

1) Prasarana
-kerajaan menyediakan prasaranan yang bertaraf antarabangsa
-bagi menarik minat kedatangan lebih ramai pelancong asing
-kemudahan pengangkutan dan penghubungan

2) Penduduk
-kerajaan yang menitikberatkan keharmonian dalam kalangan penduduk
-pelancong berasa selamat untuk berkunjung
-mengekalkan keindahan alam semulajadi

3) Makanan
-pelbagai jenis makanan
-makanan tradisional penduduk tempatan 

Tuesday 12 December 2017

Esei Pengajian Am

1) Krisis hubungan antara negara yang berlaku akan menjejaskan pelbagai kerjasama. Huraikan punca-punca yang mungkin mencetuskan krisis tersebut.
-ancaman lanun
-kemasukan PATI
-pencerobohan sempadan
-penyebaran maklumat palsu
-jenayah pemerdagangan manusia

2) Masalah kemunduran yang melanda di beberapa buah negara membangun bukanlah disebabkan oleh faktor bencana alam semata-mata. Ulaskan.
-bencana alam
-kelemahan pemimpin
-sikap negatif rakyat
-persaingan global
-bentuk muka bumi

3) Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi ICT telah meninggalkan kesan ke atas sosio-politik dari seluruh dunia. Bincangkan.

Positif:
-mengeratkan hubungan diplomatik
-perpaduan rakyat
-bidang pendidikan

Negatif:
-ancaman kepada keselamatan dan pertahnan negara
-penyebaran budaya negatif

4)  Bidang penyelidikan dan pembangunan RND bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Bidang ini perlu diperkembangkan di peringkat antarabangsa dalam pelbagai sektor.
-bidang perubatan
-bidang perindustrian
-bidang pertanian
-bidang keselamatan
-bidang sukan

5)Pelantikan negara Malaysia sebagai tuan rumah sukan antarabangsa Komanwel dan sukan SEA telah mematangkan negara dalam bidang sukan.Jleaskan persediaan yang pernah dilakukan dan manfaat menjadi tuan rumah sukan antarabangsa dan serantau.
Persedian:
-menyediakan prasarana yang sesuai
-menyediakan kompleks sukan yang lengkap dan moden

Manfaat
-pendapatan negara meningkat
-perpaduan rakyat pelbagai negara terjalin
-ilmu pengetahuan tentang sukan meningkat