Saturday 23 December 2017

Esei Pengajian Am Pengangkutan Awam

Sistem Pengangkutan awam yang cekap merupakan pemangkin kemajuan ekonomi Malaysia. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat tidak berminat menggunakan pengangkutan awam ini. Bincangkan.


Bil
Isi/Idea
Huraian
KEPENTINGAN

1
Menjimatkan perbelanjaan dan masa
Ø  Kecekapan sistem pengangkutan awam akan mewujudkan penjimatan perbelanjaan dan masa
Ø  Menjimatkan kos hidup dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain
Ø  Tidak perlu berbelanja untuk membeli bahan minyak, bayar tol dan parkir
2
Mengurangkan masalah kesesakan jalan raya
·         Mengurangkan jumlah pneggunaan kenderaan di jalaan raya
·         Pengangkutan awam seperti kereta api transit aliran ringan boleh menampung ramai penumpang dalam satu-satu masa
·         Masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian jumlah kenderaan dapat dikurangkan di jalan raya
3
Mengurangkan pencemaran alam
Ø  Sistem pengangkutan awam yang semakin cekap disediakan di Bandar-bandar utama boleh mengurangkan masalah pencemaran udara.
Ø  Bilangan kenderaan persendirian semakin berkurangan di dalam Bandar-bandar utama kerana lebih ramai yang menggunakan pengangkutan awam dan pembebasan karbon monoksida melalui asap kenderaan dikurangkan seterusnya mengurangkan peningkatan suhu dunia
4
Peningkatan produktiviti
·         Meningkatkan kualiti produktiviti hidup masyarakat
·         Membolehkan pekerja sektor awam dan swasta menjimatkan masa ke tempat kerja
·         Tiada masalah kesesakan jalan raya dan tiba ditempat kerja tepat pada waktunya
·         Mengurangkan penggunaan tenaga fizikal akibat pemanduan
5
Penggunaan tenaga lebih cekap
Ø  Memaksimumkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber tenaga
Ø  Menjimatkan penggunaan tenaga petroleum dan diesel
Ø  Monorel dan komuter mengurangkan penggunaan minyak petroleum dan beban kenaikan harga minyak dapat dikurangkan
B) PUNCA TIDAK BERMINAT

6)
Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan
Ø  Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi
Ø  Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi
Ø  Jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen rosak
7)
Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepada
Ø  Rangkaian pengangkutan udara terdiri daripada pengangkutan bas, teksi, sistem transit tren ringan (LRT) dan monorel.
Ø  Penumpang terpaksa bergerak ke stesen yang lain untuk meneruskan perjalanan.
Ø  Hal ini akan menyukarkan penumpang terutamnya warga tua dan kelainan upaya
8)
Risiko menjadi mangsa jenayah
Ø  Sikap sesetengan penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas dan teksi yang tidak sopan dan keterlaluan sehingga melakukan jenayah seksual.
Ø  Aktiviti seluk saku dalam kalangan penumpang
Ø  Golongan wanita takut dan trauma
9)
Sikap negatif masyarakat
Ø  Menganggap mereka yang menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin
Ø  Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam

5 comments: