Sunday 24 December 2017

Esei Pengajian Am Langkah Meningkatkan Industri Halal

Logo Halal Malaysia membuktikan Malaysia telah membuat persediaan untuk meningkatkan industri halal di negara ini. Jelaskan.


1) Logo Halal

   Malaysia telah mempunyai institusi iaitu JAKIM yang bertanggungjawab mengeluarkan logo-logo syarikat kepada syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Logo ini juga meningkatkan kepercayaan masyarakat tempatan dan seluruh dunia terhadap produk halal Malaysia yang telah dieksport ke luar negara



2) Sijil Halal

   Industri halal dapat dimajukan kerana Malaysia mempunyai standard halal. Malaysia mempunyai persijilan halal mengikut iaitu MS 1500 : 2004. Dengan adanya standard ini, Malaysia menjadi destinasi pilihan perdagangan produk halal. Standard ini turut diguna pakai dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


3) Mengadakan Pameran Halal Antarabangsa

    Pameran ini diadakan setiap tahun untuk mengumpul pihak yang berkaitan dengan industri halal di samping mempromosikan produk halal. Pameran ini juga telah membuka peluang yang luas kepada pengusaha produk halal dan dapat meningkatkan jaringan produk yang halal


4) Membangunkan Infrastruktur

    Malaysia menyediakan pusat penyembelihan yang memenuhi piawaian industri tersebut. Sebagai contoh, Hab Halal Tanjung Manis dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilengkapi prasarana terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur dalam industri ini. Malaysia bersedia menjadi hub makanan halal antarabangsa dari segi penjenamaan, pemprosesan dan pemasaran makanan halal dengan adanya Taman Halal Pahang

5) Kepakaran Dalam Pengurusan Sistem Dan Prosedur Persijilan

   Kerajaan Malaysia telah menawarkan kursus pemprosesan makanan menggunakan teknologi terkini. Begitu juga dalam kursus pengurusan ladang dan teknologi makanan. Tenaga pakar dalam bidang ini ditingkatkan bagi memajukan industri halal Malaysia.



No comments:

Post a Comment