Thursday, 30 August 2018

Pengalaman Hilang Kad Bank (CIMB)

Al kisah, satu hari ni, aku pergi nk tolong withdraw duit mak aku.

Masukkan kad, mesin atm tu tulis ada problem, cuba nanti, n then entah mcm mana tetiba keluar kertas resit tu tulis transaksi tidak berjaya.

Jenis org macam aku. Yg dah biasa dngn rutin, masuk kad=>buat urusan=>amik kad=>amik resit=>balik rumah.

Jadi aku amik kertas 'resit' tu, then blah. Tanpa aku sedar. Ya. Aku tak ambil kad cimb balik.😭😭😭😭. (Masa ni, maki diri sendiri. Tu la CUAI lagi! Mati la aku. Alasan apa aku nk bagi kt mama)

Aku syak mesin atm telan. Habis takkan aku nk tunggu masa pegawai bank datang refill duit dlm mesin atm tuh. Dah la lusa tu nk pi melancong. Tak sempat..aku dah kesuntukan masa.

Balik rumah, minta ampun kt mak dlu 😅, cerita dari A-Z.

So apa tindakan yg harus dibuat?

1) Jangan panik. Hilang hilang dah. Masalah boleh setel.

2) Kalau korang sure kad atm hilang sebab diri sendiri, dan bukan org curi kad, dan urgent korng perlu duit dlm akaun tu,

-Melalui online banking, transfer duit siap2 pada akaun adik ke abg ke, or sapa2 yg korang percaya.

3) Telefon no cimb customer service. Google sendiri 😅. Nanti ada untuk, laporkan kehilangan kad atm.

4) Pegawai in charge akan tolong block access kad tu, thats why urusan online banking pun xboleh dah.

(Macam case aku, ingt nak boleh setel senyap2 sbb aku tahu no pin, n ingt leh rahsiakan dri mak aku, tapi ada 2 masalah.

-pegawai tu minta nk cakap dengan tuan empunya kad utk security purpose.

-nanti ambil kad di bank, perlu thumbprint,

KESIMPULANNYA, haha xleh setel senyap2 😂😣😭😳. Pandai hilangkan pandai tanggung 😢😢😢)

4) Boleh request kad di mana2 cawangan cimb berdekatan, dan di cas rm12.

Masalahnya skang, aku n mak aku dah nk gi bercuti. Benda jadi hari khamis. Lagi tak setel urusan ni, mau  percutian ni habis aku kena bebel 😫

Hari Jumaat, smpai di KLIA 2, ingt nk p cawangan CIMB KLIA 2, rupanya situ hanya urusan money changer. Kad bank apa sume hal di CIMB KLIA 1. So esoknya pergi KLIA 1, sbb dah hari jumaat kami dh penat. Jap je setel. Semudah a b c. Aku pun baru leh amik nafas lega. Kalau tak peluh sejuk je 😅😂 takut punya pasal.
.
Sekian 😉. Tinggal la komen kalau post ni bantu anda. Sian aku taip panjang nih 😂😂



3 comments:

  1. Nak tnya, kalau nak pi buat kad baru tu kena bawak apa ii x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. just make sure bawa ic dan org yg hilang kad tu yg kena datang

      Delete
  2. Hi nak tanya , untuk ganti kad baru tu ada apa apa soalan tak dari pegawai bank tu ?

    ReplyDelete