Tuesday 2 September 2014

PENGALAMAN/CABARAN



So, tetiba ja malam ni aku berkeinginan untuk tulis blog di mana aku kan share any tips,pengalaman or apa sahaja benda yg muncul di minda.....saya memohon maaf dulu siap2x sekiranya post sya tidak menarik perhatian anda.Tapi try la baca. Belum baca belum tau....haha

Topik untuk kali ini ialah:

PENGALAMAN:

Apa itu pengalaman?

Pengalaman  atau disebut sebagai 'experience' merupakan salah sesuatu proses pembelajaran dalam kehidupan yang mengajar kita erti kedewasaan. Pengalaman suka atau duka itu akan membantu kita menghadapi pelbagai cabaran apabila kita semakin tua (tua la kan xkan muda kot) >,<

Tapi bagi aku taun ni la aku mempunyai pengalaman yg paling mencabar sekali:

Cabaran 1:

Bermula dari awal tahun nak dijadikan cerita.....first day sekolah aku telah dicalonkan sebagai ketua tingkatan….TIDAKKKK, AKU *smbil tunjuk jr di muka, KETUA TINGKATANNNN XXXXXDDDD…..aaarhh…

Bukan aku x mahu jd ketua, tp sebabnya tanggungjawab dan amanah tu terlampau berat untuk dipikul.

Tapi aku blum jadi ketua lg. Rilek lu brother. Ada undian yg masih belum dibuat. Setelah beberapa ketika berlalu…keputusan diumumkan...jeng..jeng..jeng aku dapat tmpt kedua dengan undian yang tertinggi.

 Aku punyalah hepi spai xtau nak kata apa.... bukan apa, aku xperlu jd ketua...la la la la la (smbil menari ~-|''|-~      ....bila suddenly tetiba  aku realise....maknanya secara automatik undian tu menyebabkan aku jd penolong la pulak X_X  (  Last skali, redha je la .....lgipun aku pun dah menyesuaikan diri ngan tugas sbgai penolong selama lebih 8 bulan~~~)

 Cabaran 2:

Di sekolah, aku terlibat dlm satu kelab which is nama club tu aku rahsiakan..kang xpasal pasal diorang baca post ni mampos aku XXX_XXX (ada sapa2x nak slamatkan aku?hehe)...

 Actually dr awal tahun seboleh-bolehnya every perjumpaan aku akan try mencari alasan utk tidak hadiri perjumpaan. Lama-lama hati dah rasa tawar. Why? Ok, aku akan beritau jap lagi. 

i) Aku merasakan diri aku mcm seolah-olah xdiperlukan untuk berada di situ. Bayangkan 3 tahun yg lalu, tiap-tiap perjumpaan aku pi tanpa gagal. (oklah, ada juga xpi :p)  Tp,  masalahnya senior-senior sampai sekarang tak cam aku. Aku mengaku mungkin keadaan itu disebabkan salah aku. Salah aku tidak menengur senior dahulu. But, aku rasa it is better dan selesa bila senior tu sendiri yg initiate a conversation dan mengajak kita sembang. Lagipun aku ni jenis introvert person. Aku ini bukanlah jenis yg akan start dulu perbualan. Segan giler kot! Tp berbanding dengan org lain yg bermanja, berdekatan,berkepitan ngan senior itulah yg plng akan mereka ingati sekali berbanding yg duduk di hujung penjuru. (yes, aku la tu  :(

ii) Aku berasa ditinggalkan keseorang. Dulu aku ada kwn yg join sama club ngan aku tp lama-lama dia xtahan dngn 'suasana' kelab tu so dia mengambil keputusan untuk keluar. Akibatnya, tinggallah aku seorang menyepikan diri tanpa teman berbual everytime perjumpaan kelab ada. Jd, tabahkan diri je lah

Aku tahu korang mesti tertanya2x knapa aku xkeluar ja kelab tu. Sebabnya perasaan sayang yg mendalam terhadap apa yg kelab tu buat/aktiviti yg menyebabkan aku gagahkan diri untuk stay.

Cabaran 3:

-to be written later-

Ada lagi cabaran-cabaran yang lain, tetapi terlalu banyak untuk dikongsikan. Sekian sahaja sedikit nukilan drpd saya...
 
Sebelum tu, ada sedikit perkongsian ilmu:

“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukan kepada syurga."(HRBukhari)