Monday 8 October 2018

PENYALAHGUNAAN INTERNET (ESEI PA)


               Penyalahgunaan Internet yang berfungsi sebagai wadah penyebaran ilmu dan maklumat menyebabkan jenayah siber berlaku. Jenayah siber semakin berleluasa dan sukar ditangani pada abad ini.

              Salah satu sebab jenayah siber semakin berleluasa termasuklah undang-undang dan hukuman terhadap pelaku jenayah siber tidak dikaji secara menyeluruh. Undang-undang sedia ada tidak menakutkan pelaku jenayah siber.  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun. Hukuman yang dikenakan tidak berjaya menyedarkan pelaku jenayah siber supaya pulih dan insaf.

           Selain itu, masyarakat tidak mempunyai pengetahuan terhadap jenayah siber turut menyumbang kepada perleluasan jenayah siber. Kerajaan tidak bergiat aktif dalam usaha memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak daripada menjadi mangsa. Kesannya, masyarakat mudah ditipu sehingga kehilangan wang berpuluh-puluh ribu dan maklumat peribadi dicuri. Masyarakat mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat,no telefon serta no kad pengenalan  di media sosial. Pelaku jenayah siber memanfaatkan maklumat tersebut untuk mewujudkan identiti orang lain.

               Jenayah siber berleluasa kerana Malaysia kurang bekerjasama dengan negara-negara lain bagi meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber. Malaysia mempunyai pakar-pakar komputer yang terhad dan kurang mahir berbanding dengan pakar-pakar computer dari  Amerika Syarikat dan Britain. Kekurangan kerjasama dengan negara tersebut telah membataskan bidang ilmu pengetahuan dalam menangani penjenayah siber. Unit pencegahan jenayah siber yang ditubuhkan di negara kita tidak mantap.

            Jenayah siber sukar ditangani apabila masyarakat bersikap materialistic dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan wang. Penjenayah siber memanfaatkan hakikat itu dengan memperkenalkan skim cepat kaya di Internet. Skim cepat kaya yang terkenal  adalah skim pyramid, skim Ponzi dan skim Pak Man Telo. Terdapat juga urusniaga melalui Internet di mana barang yang dijual adalah tidak wujud sedangkan pembeli telah membayar harga barang yang dilanggan.

              Jenayah siber sukar ditangani kerana kerajaan telah memperkenalkan jaminan tiada penapisan internet. Hal ini demikian kerana, kerajaan ingin menggalakkan kemasukan pelaburan asing terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Malaysia telah memperkenalkan senarai yang dikenali sebagai Ruang Jaminan iaitu jaminan tiada penapisan Internet. Penjenayah siber bebas menggunakan Internet kerana mereka tahu sekiranya tiada tapisan dilakukan pastinya kegiatan jenayah mereka tidak dipantau.

                     Semua pihak berganding bahu bagi membendung jenayah siber daripada berlaku supaya masyarakat berasa selamat apabila menggunakan Internet.

1 comment:

  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete