Masalah kerengganan hubungan
kekeluargaan dalam kalangan masyarakat kini tidak harus dibiarkan berterusan.
Pada pendapat anda, mengapakah
perkara ini terjadi? Apakah kesan
yang akan timbul sekiranya masalah ini berterusan?
Isi 1 : tidak
mementingkan pendidikan agama dan kerohanian
Huraian
:
Pendidikan agama dan kerohanian ini merupakan tunjang utama untuk mengekalkan
hubungan kekeluargaaan.
Huraian
:
Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang tidak mementingkan pendidikan
keagamaan lazimnya akan
terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan bersikap kasar
terhadap ibu bapa.
Contoh:
Keratan akhbar daripada Berita Harian
melaporkan seorang remaja bertindak memukul
ibu bapanya sehingga berdarah dan
pengsan hanya kerana menanyakan sebab dia tidak
mahu menunaikan solat. Keadaan ini menunjukkan ketiadaan
keimanan membuatkan
anak-anak menjadi seorang
yang panas baran. Hubungan antara anak dan ibu bapa
tersebut terjejas.
Kesimpulan Pengabaian pendidikan
agama kepada anak-anak oleh ibu bapa menyebabkan
kecil: masalah kerengganan keluarga terjadi.
.
Isi
2 : sikap materialistik dan hendonisme
Huraian: Golongan ibu bapa lebih
mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan
keselesaan diri.
Huraian:
Ibu bapa yang bersikap sedemikian
telah mengabaikan tanggungjawab terhadap
anak anak dengan menggantikan nilai kasih sayang dalam bentuk wang
ringgit.
Contoh: Beban kerja yang terlalu banyak
menyebabkan ibu bapa sering pulang lewat ke rumah.
Ada ibu bapa pulang pada
pukul 10.00 malam lalu terus tidur. Anak-anak tidak
berpeluang menceritakan
kehidupan mereka di sekolah. Anak-anak berasa mereka
seolah-olah diabaikan
kerana ibu bapa tidak berbual dan mendengar luahan cerita
mereka.
Kesimpulan Jelaslah cara hidup ibu
bapa yang mementingkan duit telah menyebabkan
kecil: kemerosotan dalam hubungan
kekeluargaan.
Isi
3:
perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Huraian
:
Majoriti anggota keluarga hari ini
terlalu menumpukan kepada alat-alat tekonologi
maklumat dan komunikasi
(ICT) yang menyebabkan kekurangan komunikasi antara
ahli keluarga .
Huraian :
Anggota keluarga sering menggunakan
alat – alat komunikasi apabila berkumpul
dengan ahli keluarga yang
lain. Anak
– anak lebih gemar menghabiskan masa
mereka dengan bermain gajet
dan komputer berbanding melakukan aktiviti di luar
rumah.
Contoh : Di restoran, kita dapat melihat ada
keluarga yang tidak bersembang kerana masing-
masing leka menggunakan
telefon bimbit sementara menunggu makanan mereka
dihidangkan.
Kesimpulan Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) ini telah mencapai tahap yang
kecil
: membimbangkan apabila
memberi kesan yang buruk terhadap hubungan kekeluargaan.
Isi
4: penglibatan
anak-anak dalam gejala sosial
Huraian
: Ibu bapa kurang memantau setiap gerak-geri
anak-anak sehingga mereka
terasa diabaikan. Hal ini
demikian dikatakan kerana ibu bapa sibuk menguruskan
karier masing-masing demi
mengejar impian mereka.
Huraian
:
Anak-anak mudah terpengaruh dengan
ajakan rakan sebaya untuk melibatkan diri
dalam gejala sosial. Mereka berasa bebas
tanpa pengawsan daripada ibu bapa.
Contoh
: Penglibatan
anak-anak dalam pelbagai gejala sosial dapat membuktikan dengan
peningkatan
peratusan dari tahun ke tahun. Kajian yang dilakukan oleh pelajar
Universiti Kebangsaan
Malaysia mendapati bahawa berlaku penglibatan remaja dalam
gejala sosial
semakin meningkat daripada 1876 kes kepada 1980 pada tahun 2015 jika
dibandingkan dengan tahun
sebelumnya.
Kesimpulan Ibu bapa perlu
mengambil tahu apa, siapa, dan dimana anak-anak berada supaya
kecil
: mereka
tidak terlibat dalam gejala sosial.
Isi 5: mengurangkan
produktiviti negara
Huraian
: Ibu bapa ialah tenaga kerja kepada pembangunan
ekonomi negara. Masalah
kerengganan hubungan kekeluargaan memberi kesan kepada
emosi mereka.
Huraian:
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa tidak fokus
untuk melaksanakan tugas kerana
sibuk
memikirkan masalah yang berlaku di rumah.
Contoh:
Majikan
bertindak memecat ibu bapa yang bersikap sedemikian. Majikan tidak
mahu pekerja yang tidak dapat memisahkan antara
hal peribadi dan pekerjaan.
Akibatnya, ibu bapa
tidak dapat menyumbang terhadap kemajuan negara.
Kesimpulan Terbuktilah bahawa produktiviti negara
semakin berkurang apabila ramai ibu
kecil:
bapa
yang dipecat.
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)