Wednesday 3 August 2016

Harini aku rasa down. Sebab apa? Markah ekonomi aku teruk. Aku marah pada diri sendiri sebab aku target ekonomi aku dpt result elok. Aku dapat 55. Aku target markah dalam 70 ke atas.

Yang membuatkan aku terkesan ialah sebab aku telah dipotong 10 markah gara2x aku tidak mengikut cara yang cikgu ajarkan. Soalan itu esei tapi boleh ja ditulis sebaris sebaris. Yang jadi masalah sebab aku tak letak kata penghubung between jawapan aku untuk menghubungkan perenggan 1 dan perenggan 2. Wei, serius aku gitau, haritu frust giler. Ditambah ngan cikgu yang mcm xsangka aku betapa teruknya result aku ni. Sedangkan ada budak dlm kelas aku dapat 97.

Oh ya, MUET exam pun aku teruk especially for writing essay part. Yes! Aku mengaku aku tak study apa pun for MUET sebab aku ingat senang ja. Haha *gelak hambar. Telahan aku meleset sama sekali. Makanya result aku pun HaHaHHa. Aku dpt 13/40 for writing and 24/45 for reading.

For MUET WRITING: Soalan dia mcm ni:



Dulu masa sekolah menengah, dah menjadi kelaziman aku tulis essay yang psl story rekaan sendiri for essay yang kena tulis panjang. Time tu heaven sbb aku boleh menulis apa sahaja story fanfiction/writing asalkan tak terkeluar dari tajuk soalan.
 Xpernah aku menulis psl benda ilmiah mcm ni. Kalu tak pun, dulu ada gak key words yang diberi. 

Leh la jugak hang agak2x nak tulis essay apa. Yang ni. Yang ats ni. Fuhh pepandailah engkorang buat title, overall trend, analysis, synthesis and conclusion sendiri. AMEK KAU. Nak tahu lebih lanjut, sila google sendiri. LOL XD.


For MUET READING: 


  • You must have a vast of knowledge on vocabulary words.
  • Use your time wisely because there will be 6 long long passages that you need to read, then search the answer and blacken the A,B,C choice. 
  • I'm always confuse with the C choice, because C choices are always NOT STATED. And it always made me want to circle it, Ex:
1) Skateboarding attracted the most number of participants in 2005.
       A) True
      B) False
      C) Not stated



- Itu sahaja coretan pd hari ini. Sekian -









Monday 1 August 2016

Aku Dipilih?

Harini aku rasa bangga jap sbb ada kawan aku panggil nama aku. Bukan apa, aku terharu sebenarnya. Especially dari kawan yang berlainan jantina. Tahu juga nama aku rupanya. Bagus2x. Agakla kan kalu dah satu kelas hg tak tau. Memang nak kena gak ni. Pastu harini kawan aku sebelah kelas pun ditawarkan nak jd pengawas oleh Biro Disiplin. Aku tanya apa perasaan dia? Sembang pi sembang mai maka tercetuslah sebuah perbualan seperti ini: Aku: Wei, mcm mana? Apa perasaan hg?. H: Aku?! 50/50. Nak dan tak nak tu sama banyak. Aku: Woaa. Hang siap leh bagi percent lagi. Aku?! Ummm....aku n yg lgi 5 masuk dlm bilik tu. Pastu cikgu in charge explain la reason kami dibawa berkumpul di bilik tu. Pastu dia cakap hampa sedar tak hampa ni dicalonkan. Masing2x muka kebluran. Setelah diexplain oleh cikgu bahawa banyak kepentingannya menjadi Pengawas dalam Biro Disiplin ni dari segi aspek markah kokurikulum, kemahiran interpersonnal dan yada yada maka takda sorang pun dri kami jawab untuk menolak jawatan tersebut. Last2x, cikgu tu cakap...kita (dia dan lagi sorang cikgu), ambil je la semua ni. (Tapi aku tak sure betulkah kami 5 org ini trus dilantik sbb H gitau seminggu or dua minggu ni cikgu-cikgu still nak buat penilaian) Berbeza pula situasi aku ngan kawan aku, H. H: La....camtu pula. Dah tak sure aku cakap la kat cikgu kata aku tak mau. Terkeluar habis aku cakap. "Cikgu, tanggungjawab dia besar kot. Saya tak mau dipersoalkan di akhirat nanti psl saya tak laksanakan amanah dengan sebaiknya." Aku: Power gila ayat hang. Cikgu respon apa? H: Cikgu tanya pula dulu kat sekolah menengah aku ada pegang jawatan apa2 tak. Aku pun Tersebut kata aku naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan dan Pengerusi Kelab Komputer. Cikgu cakap aku ni popular rupanya kat sekolah dulu-dulu. Hang pula acenna? Nak ke jawatan tu? Aku: (Aik...dia tanya kita pula). Aku pun 50.50 gak. Tapi more kepada tak nak. Sbb aku takut nanti terlalu sibuk dan penat di samping aku nak study lagi. H: Hang nak tolak or tak? Aku: Aku kena pikir dulu yang tu. -PERBUALAN TAMAT- Balik rumah...setelah berfikir sejenak dan memohon petunjuk dari Allah, aku membuat keputusan aku redho je. Dapat tak dapat aku ikut ja flow. Sbb apa? Sebab ni: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) Dan aku fikir, takkan nak asyik terperuk dalam bilik study. Mana nak dapat pengalaman? Ye tak? >,>