Monday, 1 August 2016

Aku Dipilih?

Harini aku rasa bangga jap sbb ada kawan aku panggil nama aku. Bukan apa, aku terharu sebenarnya. Especially dari kawan yang berlainan jantina. Tahu juga nama aku rupanya. Bagus2x. Agakla kan kalu dah satu kelas hg tak tau. Memang nak kena gak ni. Pastu harini kawan aku sebelah kelas pun ditawarkan nak jd pengawas oleh Biro Disiplin. Aku tanya apa perasaan dia? Sembang pi sembang mai maka tercetuslah sebuah perbualan seperti ini: Aku: Wei, mcm mana? Apa perasaan hg?. H: Aku?! 50/50. Nak dan tak nak tu sama banyak. Aku: Woaa. Hang siap leh bagi percent lagi. Aku?! Ummm....aku n yg lgi 5 masuk dlm bilik tu. Pastu cikgu in charge explain la reason kami dibawa berkumpul di bilik tu. Pastu dia cakap hampa sedar tak hampa ni dicalonkan. Masing2x muka kebluran. Setelah diexplain oleh cikgu bahawa banyak kepentingannya menjadi Pengawas dalam Biro Disiplin ni dari segi aspek markah kokurikulum, kemahiran interpersonnal dan yada yada maka takda sorang pun dri kami jawab untuk menolak jawatan tersebut. Last2x, cikgu tu cakap...kita (dia dan lagi sorang cikgu), ambil je la semua ni. (Tapi aku tak sure betulkah kami 5 org ini trus dilantik sbb H gitau seminggu or dua minggu ni cikgu-cikgu still nak buat penilaian) Berbeza pula situasi aku ngan kawan aku, H. H: La....camtu pula. Dah tak sure aku cakap la kat cikgu kata aku tak mau. Terkeluar habis aku cakap. "Cikgu, tanggungjawab dia besar kot. Saya tak mau dipersoalkan di akhirat nanti psl saya tak laksanakan amanah dengan sebaiknya." Aku: Power gila ayat hang. Cikgu respon apa? H: Cikgu tanya pula dulu kat sekolah menengah aku ada pegang jawatan apa2 tak. Aku pun Tersebut kata aku naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan dan Pengerusi Kelab Komputer. Cikgu cakap aku ni popular rupanya kat sekolah dulu-dulu. Hang pula acenna? Nak ke jawatan tu? Aku: (Aik...dia tanya kita pula). Aku pun 50.50 gak. Tapi more kepada tak nak. Sbb aku takut nanti terlalu sibuk dan penat di samping aku nak study lagi. H: Hang nak tolak or tak? Aku: Aku kena pikir dulu yang tu. -PERBUALAN TAMAT- Balik rumah...setelah berfikir sejenak dan memohon petunjuk dari Allah, aku membuat keputusan aku redho je. Dapat tak dapat aku ikut ja flow. Sbb apa? Sebab ni: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) Dan aku fikir, takkan nak asyik terperuk dalam bilik study. Mana nak dapat pengalaman? Ye tak? >,>

No comments:

Post a Comment