Friday, 6 November 2015

Tips Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM

Apa khabar semua. Harini Jun akan share a few tips berkaitan Bahasa Melayu especially kpd fellow SPM candidates. Pada ketika ini, konfem2x soalan yg plng benci ditanya ialah.......ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SPM? Xpa, Jun pernah brd di situasi macam tu . At the moment you feel you want to punch that person who ask you the question. Apa-apapun cuba tengok tips di bawah. Harap2x boleh membantu korang. Xdpt banyak pun at least sikit pun jdlah.

KERTAS 1 


KARANGAN (Bahagian A dan B) : 

Jun faham bahagian ni plng killer dlm menjawab soalan Bahasa Melayu. Lagi tertekan bila ni first paper korang jawab ketika SPM.

1) Pendahuluan:

 Tuliskan ayat: 


  • A1:  Memberi galakan tentang isu - Pendapat /  Situasi / Dialog/ Pantun/ Gurindam/      
                                                                    Sejarah/ Berita



* Kalau boleh elakkan guna perkataan Marcapada, Pada era globalisasini,     Sedarsawasa  or sebagainya. Kenapa? Sebab introduction mcm ni dah terlalu menjadi common dan predictable oleh pemeriksa dan kadang-kala x make sense.
         * Jun bg sedikit idea, at least start your AYAT PERTAMA menggunakan kata-kata yg bagi
            impak kepada pemeriksa :
          - ''Disiplin Asas Pembangunan Insan''
          -'' Permainan Tradisional Warisan Bangsa''

          -''Pemerdagangan Manusia, Pencabulan Hak Asasi Individu.'' 


  • A2: Pendapat mengenai isu
  • A3: Isu semasa berkaitan tema- (terkini)
  • A4: Sejarah tema
  • A5: Ayat persoalannya

   Sebagai contoh, Jun ambil  ''Disiplin Asas Pembangunan Insan''.

                   (A1) ''Disiplin Asas Pembangunan Insan.'' Begitulah kata-kata yang menggambarkan setiap orang perlulah berdisiplin agar membentuk peribadi yang mulia. (A2) Pada era globalisasi ini, masyarakat menghadapi masalah serius kerana masalah disiplin yang berleluasa dalam kalangan pelajar dewasa. Tidak dinafikan zaman remaja merupakan masa yang penting dan genting dalam kehidupan seseorang. (A4) Pada zaman dahulu, ibu bapa membenarkan guru-guru memukul anak-anak mereka bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Namun setelah kuasa guru untuk merotan pelajar ditarik balik, pelajar semakin berani mempertikaikan peraturan dan disiplin sekolah. (A3) Pada ketika inilah, institusi keluarga memainkan peranna kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum anak-anak menjejakkan kaki ke alam persekolahan. (A5) Sebagai persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak.

        * Hanya A2-A4 boleh ditukar susunannya. Jangan ubah susunan A1 dan A5.
        * Perhatikan bahawa 5 kali kata kunci soalan diulang. Tindakan ini bertujuan mengelakkan     
           korang drpd terbabas daripada kehendak soalan.



2) ISI: 

1) Gunakan formula ni:         

                                       X = A (A1+ A2)

* Jun faham kalau bahawasanya pada ketika ini kamu sedang berkata WHAT! or sdng tengok skrin komputer dngn muka blur atau tepuk dahi sebab dalam BM pun ada formula.
Jun cuba yg terbaik untuk explain kpd korang. Maaf sekiranya tidak faham.

 * Bahagian P (A1+ A2) AX :
   - Jelaslah bahawa, ketiadaan ibu bapa di samping anak-anak akan menyebabkan anak-anak 
                                         (A2)
     memperoleh kekurangan perhatian sekaligus menyumbang kepada peningkatan gejala sosial 
                                         (A1)                                                              X             
     disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. 
                                            A

* Seboleh-bolehnya dlm menulis ayat dalam karangan, elakkan drpd menggunakan lebih drpd dua kata hubung. Nanti ayat korang menjadi salah dan pemeriksa garis panjang with pen   merah.

* Dlm contoh tu, Jun bg banyak kata hubung sbb nak bagi 'gambaran' macam mana nak buat.
                                                                                           
* Karangan Bahagian A- Tuliskan sebanyak 10-12 baris (5 perenggan)
   Karangan Bahagian B- Tuliskan sebanyak 13-15 baris ( 7 perenggan)
  
* Namun, if masa tak cukup untuk Bahagian B, terus tulis perenggan penutup. 4 isi pun dah mencukupi. Pemeriksa akan tulis WACANA LENGKAP (maksudnya ada pendahuluan, isi & penutup)

* Kamu akan terima hukuman yg lg teruk sekiranya tertinggal perenggan penutup.
                                                  
3) PENUTUP:

                                                                  K= 2H + 2C+ 1 umph.... 


KERTAS 2

RUMUSAN: 

1) Baca arahan soalan betul-betul. Jangan terburu-buru nk jwb.
2)Gariskan kan kata kunci
3) Sebelum jawab soalan, tunggu kejap
4)Jeling-jeling juga soalan Petikan Permahaman Umum, Soalan 2 (b). Soalan ini selalunya jwpn ada dlm petikan yg nanti korang kena cari. 
5)Sementara cari isi tersurat, dpt juga korang cari jawapan tuk soalan 2(b).
6)  Cara ini boleh jimat masa.
7)Kalau rajin, gunakan highlighter supaya dapat beza isi tersurat dengan jawapan soalan 2 (b). Takut  korang salah salin isi. 
8) Seterusnya, bacalah petikan tu dngn mata yg terbuka luas dan fokus.

9)Pastikan ayat pertama utk rumusan ialah:

  •          Petikan ini membincangkan (prkataan sinonim dngn kehendak isi trsurat)  di Malaysia/ negara kita.                          

                                                       Elakkan tulis perkataan ''tentang''


  • Untuk perenggan penutup rumusan, maksudkan HARAPAN+CADANGAN. Gunakan kata hubung seperti agar dan supaya kerana mereka ni lebih sesuai digunakan.

10) Selesai jawab soalan, kira jumlah perkataan. Kalau dah lebih, pandai2x korang alter.


 KOMSAS (Petikan Prosa Klasik/ Cerpen/ Drama/ Puisi)

1) Untuk bahagian ni, Jun sarankan korang kerap membuat latihan soalan bahagian ni. 
2) Lama-lama korang boleh detect sama ada soalan tu selalu ambil bahagian PERMULAAN, PERTENGAHAN, KONFLIK, PELERAIAN. 
3) Dari situ, korang boleh buat analisis dan conclusion bahagian mana yg selalu keluar dalam   exam.
4) Nanti korang just perlu focus baca+fahami part tu. Xperlu baca part lain dah. :D

 Sebagai contoh:







 p/s Maaf xkemas, buat dlm kelam kabut. At least you get an idea how to do it. Memang rasa xbest sbb xkemas n kerja ni menyusahkan, tp trust me it's worth it.



  TATABAHASA

1) Bahagian ni mmng tak tahu nak bg tips apa
2) Cuma bergantung kpd nasib korng dpt cikgu BM yg pandai explain n wat korng fhm apa itu erti tatabahasa
3) Pesanan cikgu aku: ''Selalunya bhgn tatabahasa ini, xboleh diajar awal2x sbb komfem student lupa. Yg afdalnya, ajar one day sebelum exam.''
4) Renung-renungkan ayat tu. Deep meaning.
5) Actually xperlu la teruk2x hafal/belajar bahagian ni kalu dr dulu tatabahasa mmng xboleh jawab.
6) Bahagian peribahasa tu baca la senarai peribahasa yg kerap ditanya dlm exam. 


 KOMSAS (NOVEL)

1) Bacalah novel tu sampai habis. (Walaupun Jun sendiri xpernah buat)
2) Kemudian, bacalah tema, persoalan, nilai, pengajaran,.....dn sebgainya tu.
2) Tetapi, cara cikgu kpd Jun ajar ialah,

                                 ''Keluarkan 5 Peristiwa Penting Dalam Novel Tersebut''

3) Disebabkan time Jun dulu ialah novel Kembara Amira, so Jun buat macam ni: 




4) Dan setiap peristiwa tu, keluarkan
-Tema/ Persoalan
-Watak & Perwatakan
-Nilai & Pengajaran
-Latar

5) Sebab soalan exam pun nak tanya berkaitan benda ni juga
6) Cari ni senang utk dijadikan rujukan dan mudah dibaca.















No comments:

Post a Comment