Thursday, 30 August 2018

KAWAN

K.A.W.A.N.

Perkataan yg biasa tetapi memberi makna luar biasa dlm sebuah kehidupan seseorang.

Semasa kita masih bayi, ibu dan ayah merupakan sahabat kita yg pertama. Kenapa aku guna word sahabat?

Ya kerana bg aku status kawan dan sahabat ialah berbeza. Nanti aku explain kt korang.

So, back to atas, selepas itu, kita membesar pergi ke tadika pulak. Hmm kt situ, pelbagai macam ragam telatah kawan2 kau boleh tengok. Ada yg nangis la, ada yg melukis, tak dilupa ada yg acah2 nak buli kawan dia, tarik rambut bagai (Eh...mcm ada pengalaman ja..hhahaha no komen).

Kemudian, masuk ke alam persekolahan sekolah rendah, jeng jeng, kt sini bermulalah pencarian kwn yg sebenar...(kononnyela..walhal masa tu masih mentah, ada yg puasa separuh hari, yg x sempat pergi toilet, yg meniru dlm peperiksaan, tipu cakap demam semata2 xmahu ke sekolah.)

Kawan di sekolah rendah berbeza berbanding kawan di sekolah menengah. Waktu tu semua belum matang. Jadi soal termakan hati, sentap, cemburu, sedih tu tak la serius sngt compare to bila korang masuk ke alam sekolah menengah n  university n work, guys.

Kawan pula ada pelbagai jenis.
Ada kawan makan kawan.
(seperti yg kita semua sedia maklum..ehem..)
 Ada kawan yg mcm kalu boleh kita nak daftarkan dia as famili kita sekarang juga! Ada kawan yg datang dlm hidup kau mengajar kau erti kehidupan
Ada kawan mengajak kau ke arah kebaikan
Ada kawan ambil kesempatan ats kebaikan kau
Ada kawan pinjam duit kau, pastu buat2 lupa.
Ada kawan yg hadir memberikan kau inspirasi dan semangat.

Ok...takat tu dahla. Aku penat tulis ada..ada..ada.

Oleh sebab itu, pemilihan kawan sangat penting. Tanyalah bebudak yg amik UPSR ka, PMR ka..opss PT3 ka, SPM ka, STPM ka, konfem isi dlm karangan yg berkaitan punca seseorang individu terjebak dngn apa2 pun, sahih diorang akan tulis..."pengaruh rakan sebaya". Toksah dok muhong aku. Memang yg tu yg korang tulis pun.

Moral value kt sini ni, please, carilah SAHABAT yang dapat membimbing lau ke arah kebaikan. Menjauhi kemungkaran. Kawan kau reflect diri kau sebenarnya. Sekian.

No comments:

Post a Comment