Sunday, 4 December 2016

5) PENGABAIAN WARGA TUA

5) PENGABAIAN WARGA TUA

PENGENALAN

- Warga tua sering diabaikan – tidak mampu menyumbang kepada negara(ISU)
- Berumur 60 tahun keatas dan telah bersara bagi yang berkerjaya(KONSEP)
- Lebih berpengalaman dan berpengetahuan  daripada orang muda (GAMBARAN)
- Memerlukan perhatian kasih sayang – selalu sakit dan kurang keupayaan  dari segi tenaga
- Terdapat segolongan  warga tua tidak diberi penjagaan rapi – dihantar rumah orang tua
- Pengabaian  disebabkan pelbagai faktor dan  keadaan ini menimbulkan  pelbagai kesan (KEHENDAK SOALAN)

 FAKTOR-FAKTOR/PUNCA-PUNCA

1. Sikap manusia yang memandang rendah dan tidak mengambil berat terhadap warga emas
- Memandang  hina terhadap  golongan ini- hantar ke rumah orang tua
- Anak tidak terfikir jasa –jasa  yang telah diberikan
- Anggap warga emas membebankan  - kecacatan, nyanyuk,
- tidak bersefahaman di antara anak, menantu  dengan ibu bapa
- Kesibukan anak  dengan tugas seharian dan masalah kewangan -  kerjaya lebih penting daripada ibu bapa

2. Punca pengabaian disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri
- Pengalaman anak – anak sendiri  di alam  kanak-kanak
- Ibu bapa bengis, suka mendera – aspek fizikal dan mental
- Kurang pengetahuan agama – anak akan menyimpan perasaan dendam  terhadap ibu bapa yang dianggap kejam
- Satu cara untuk memuaskan hati mereka dengan mengabaikan kebajikan  dan kesihatan ibi bapa mereka  setelah  uzur dan tidak berupaya  sebagaimana dialami oleh anak-anak mereka dahulu

3. Proses urbanisasi dan modenisasasi
- Anak tinggal di kawasan perumahan  -teres, apartmen, rumah pangsa dan kondomunian  - terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat  dan bangsa
- Alasan- malu dan tidak mahu dipandang serong – komuniti   dan masyrakat setempat
- ibu bapa yang tua dan nyayuk – hantar ke rumah kebajikan

KESAN-KESAN

1. Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan tersinggung
- Sedih – tidak ada orang yang mengambil berat akan kebajikan mereka
- Ingat- bahawa mereka pernah bergaul  dan menghabiskan masa dengan orang yang tersayang
- Usia tua- memerlukan banyak penjagaan yang rapi – kesihatan, ketrampilan dan pemakanan
- Ahli keluarga  sibuk  mencari wang – warga tua akan berasa tersinggung  -  mereka tidak  menerima tumpuan atau kasih sayang

2. Pengabaian warga tua – menambahkan beban negara
- Banyak  rumah penjagaan dan rumah orang tua akan dibina – tindakan anak hantar orang tua mereka
- Persepsi anak-anak  - ibu bapa akan mendapat penjagaan yang rapi
- Meningkatkan  kos – lebih banyak pusat jagaan akan dibina
- Bilangan pekerja akan ditambah
- Makan minum penghuni  turut meningkat
- Membebankan negara

3. Pengabaian warga tua memberi gambaran  bahawa institusi kekeluargaan  di negara ini semakin rapuh
- Anak-anak akan menjadikan orang dewasa sebagai suri  teladan
- Tingkah laku orang dewasa akan  dipelajari dan dicontohi
- Gagal menunujukkan contoh yang baik – mengabaikan warga tua – anak akan mengabaikan warga tua
- Mereka akan meneladani  setiap perbuatan
- Institusi kekeluargaan akan terus dibebani dengan isu ini sampai bila-bila

4. Kesan jangka panjang – fenomena ini boleh mengugat kesejahteraan dan kestabilan  dalam masyarakat
- Mewujudkan kepincangan  dalam masyarakat dan menjejaskan pembangunan serta kemajuan  ekonomi mahupun social negara
- Tindakan mengabaikan ibu bapa yang sudah tua dan tidak berdaya betapa rapuhnya iman dan nilai moral
- Membuktikan sudah jauh  kehidupan – berpaksikan agama – gagal menbezakan baik buruk
- Tidak peduli dosa dan pahala atas tindakan ini

KESIMPULAN
- Keghairahan mengejar kemajuan- menterial – terdapat  golongan warga tua yang terabai (SENTUH ISU)
- Sepatutnya – layan kehendak dan kerenah mereka – hidup gembira dan bahagia (CADANGAN PENAMBAHBAIKAN)
- Kita seharusnya bersikap sabar, cekal, tabah – melayani ragam mereka (PENDAPAT)
- Sesungguhnya golongan ini yang melahirkan kita ke dunia
- Mereka mengasuh, mendidik dan membesarkan kita – dewasa dan berjaya di dunia- pelajaran dan kerjaya
- Jasa dan bakti mereka – disanjung dan dihargai selagi hayat dikandung badan (HARAPAN)

No comments:

Post a Comment