Sunday, 4 December 2016

3)CARA PEMBENTUKAN MODAL INSAN


3)CARA PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Soalan : Arus globalisasi, kemodenan dan kepesatan maklumat tanpa sempadan merupakan cabaran dan pengaruh yang besar dalam pembentukan insan kamil. Dalam mengharungi cabaran tersebut kita diperlihatkan dengan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja. Nyatakan cara  yang sesuai membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Pendahuluan

- Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal insan.
- Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian sesebuah negara.
- Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di negara ini.
- Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat masa kini.

Isi:

1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan.
- Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu
- Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat.
- Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah negara.
- Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku.

2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama.
- Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.
- Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sempurna akan membolehkan anak-anak terang hati menerima ilmu.
- Menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan sentiasa ingin memajukan negara.

3. Modal insan melalui kegiatan kokurikulum
- Dasar 1 murid 1 sukan mampu menjana modal insan kelas pertama.
- Melahirkan modal insan kelas pertama memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.
- Dasar ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Menjana modal insan yang cemerlang kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ) menghasilkan modal insan kelas pertama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
- Modal insan mampu dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
- Melahirkan modal insan dengan daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif.
- Generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara.

5. Mentranformasikan pendidikan guru.
- Menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
- Guru yang baik akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan pendidikan terkini dari semasa ke semasa.
- Kualiti guru merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan keberhasilan murid.

6. Generasi muda hendaklah mempunyai jati diri yang unggul
- Generasi muda mempunyai tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi beradasrkan prinsip rukun negara.
- Harus menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian.
- Modal insan berkeperibadian yang mulia menyumbang ke arah pembangunan negara.
- Dapat mengharumkan nama negara.

Kesimpulan

- Kerajaan amat menitik beratkan sistem pendidikan negara demi mencapai sistem pendidikan bertaraf antarabangsa
- Modal insan yang cemerlang dapat menjadi harapan dalam pembangunan negara.
- Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan kelas pertama negara.
- Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi melibtkan gandingan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan usaha yang dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama.

No comments:

Post a Comment