Sunday, 4 December 2016

4) PENCEMARAN ALAM

4) PENCEMARAN ALAM

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam  menjadi polemik di media massa.  Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan, namun masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Isi-isi

1.  Pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang
     -  Sebagai negara yang sedang membangun, sector perindustrian berkembang pesat di negara kita.  Kilang-kilang banyak dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
    -  kilang-kilang tidak menggunakan penapis asap yang berkesa. Membebaskan asap yang kotor dan beracun ke udara.

2.  Pertambahan bilangan kenderaan.
   -  peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik kenderaan sendiri.  Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya, menyebabkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida yang banyak hingga mencemarkan kualiti udara.
 - semua ini menjadi punca berlakunya hujan asid yang menjejaskan kesuburan tanah-tanah pertanian.

3.  Pembakaran terbuka
    -  Pembakaran secara terbuka oleh pengusaha ladang-ladang juga memburukkan lagi keadaan. Syarikat-syarikat besar cuba menjimatkan kos pelupusan bahan-bahan buangan dari ladang-ladang.
    - Pemaju-pemaju perumahan juga melakukan pembakaran terbuka bahan-bahan lebihan binaan seperti kayu-kayu, barangan getah dan plastic.

4.  Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai-sungai.
   - Sisa-sisa domestic dari kawasan perumahan, hotel-hotel, premis-premis kerajaan juga turut mencemarkan alam sekitar. Sisa-sisa yang terdiri dari minyak, bahan pencuci sangat berbahaya ini mengalir ke laut yang akhirnya menjejaskan hidupan akuatik.  Dalam jangka masa yang lama, kesuluruhan ekosistem akan terjejas.

PENUTUP
Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan, namun masalah ini masih sukar diatasi kerana sikap masyarakat itu sendiri.  Masyarakat perlulah memiliki kesedaran untuk menjaga  kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah warisan untuk generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment