Sunday, 4 December 2016

7) PERANAN MAJIKAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI TENAGA KERJA

7) PERANAN MAJIKAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI TENAGA KERJA

PENDAHULUAN
Konsep kualiti tenaga kerja
@ pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi
@ peranan majikan untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja dalam organisasi

Isi - Peranan majikan

1. Memberi penghargaan  kepada  kakitangan dalam organisasi
- pekerja yang memberikan sumbangan kepada organisasi akan diberikan ganjaran wang/ hadiah/ sijil bertujuan menaikkan semangat pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja-bekerja dengan lebih bersemangat untuk mendapatkan ganjaran.

2. Pemberian gaji/upah diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja tahunan
- anugerah/ ganjaran dalam bentuk kenaikan gaji/ pangkat kepada pekerja yang menunjukkan prestasi dalam sesebuah organisasi.

3. Pengurusan organisasi yang cekap daripada ketua/ majikan
- prestasi kerja yang cekap ditunjukkan oleh majikan sebagai motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja- ketua jabatan/organisasi yang cekap - gambaran pengurusan yang cekap bagi sesebuah  organisasi.

4. Hari Keluarga diadakan dalam sesebuah organisasi kerja
-contoh, setiap 4 bulan sekali- perjumpaan dalam  “ Hari Keluarga” membolehkan saling mengenali antara pekerja/ majikan- hubungan yang lebih rapat kerana mengenali antara satu sama lain.

5. Mengadakan seminar / “workshop” yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
 Majikan bertanggungjawab menghantar pekerja untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang kemahiran/ pengkhususan masing-masing. Latihan membolehkan pekerja mendapat kepakaran meninggikan mutu perkhidmatan masing-masing.

6. Meningkatkan penguasaan teknologi dan informasi berekaitan dengan kerja masing-masing
- majikan bertanggungjawab untuk menyediakan/ memberi latihan kepada pekerja untuk penguasaan teknologi dan informasi berkaitan dengan kerja masing-masing.

Penutup
Majikan memainkan peranan penting untuk melahirkan pekerja yang berkualiti.
Pekerja bertanggungjawab terhadap pekerjaan dalam menentukan pencapaian sesebuah organisasi

6) PUNCA PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT

6) PUNCA PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT

PENDAHULUAN
Konsep penyakit berjangkit:
Penyebaran virus melalui udara, serangga/binatang ternakan
Contoh penyakit berjangkit - Ebola, H1N1, denggi, kepialu, dan sebagainya
Saya bersetuju bahawa penyakit berjangkit disebabkan oleh pencemaran

ISI BERSETUJU

1. Tidak menjaga kebersihan di dalam dan di luar kawasan tempat tinggal  tidak dijaga
- pembuangan sampah - punca pembiakan nyamuk, lalat, tikus - penyebar penyakit seperti demam denggi, demam panas, kencing tikus.

2. Pengurusan ladang yang tidak terkawal
- pembuangan sisa ladang yang tidak sistematik - terutama ladang ternakan yang tidak dijaga kebersihan - sisa buangan yang tidak diselenggara dengan baik - punca pembiakan tikus, lalat, nyamuk - penyebaran penyakit seperti H1N1.

3. Pertambahan kawasan setinggan - tiada pembentungan dan sistem pembuangan sampah yang sistematik - punca pembiakan lalat dan tikus - penyebaran penyakit berjangkit.

4. Makan di kawasan atau kedai makan yang tidak bersih - kedai yang tidak dijamin tahap kebersihan menyebabkan makanan tercemar - kedai makan yang kotor penyebab kepada pembiakan serangga penyebar penyakit seperti tikus, lalat - contoh penyakit kencing tikus, kepialu dan sebagainya.

5. Kawasan rekreasi yang tidak dijaga kebersihannya - pembuangan sampah yang tidak diselenggara dengan baik - berlaku pencemaran - menjadi tempat pembiakan nyamuk / lalat / tikus - vektor-vektor tersebut menjadi penyebar penyakit berjangkit - seperti denggi, kepialu, kencing tikus dan sebagainya - orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut mudah terdedah kepada jangkitan penyakit tersebut.

KESIMPULAN
Pentingnya menjaga kawasan persekitaran / tempat tinggal untuk mencegah daripada terkena penyakit berjangkit.  Penjagaan kawasan persekitaran dapat mengelakkan pembiakan serangga/binatang yang menjadi punca kepada penyebaran penyakit berjangkit.

5) PENGABAIAN WARGA TUA

5) PENGABAIAN WARGA TUA

PENGENALAN

- Warga tua sering diabaikan – tidak mampu menyumbang kepada negara(ISU)
- Berumur 60 tahun keatas dan telah bersara bagi yang berkerjaya(KONSEP)
- Lebih berpengalaman dan berpengetahuan  daripada orang muda (GAMBARAN)
- Memerlukan perhatian kasih sayang – selalu sakit dan kurang keupayaan  dari segi tenaga
- Terdapat segolongan  warga tua tidak diberi penjagaan rapi – dihantar rumah orang tua
- Pengabaian  disebabkan pelbagai faktor dan  keadaan ini menimbulkan  pelbagai kesan (KEHENDAK SOALAN)

 FAKTOR-FAKTOR/PUNCA-PUNCA

1. Sikap manusia yang memandang rendah dan tidak mengambil berat terhadap warga emas
- Memandang  hina terhadap  golongan ini- hantar ke rumah orang tua
- Anak tidak terfikir jasa –jasa  yang telah diberikan
- Anggap warga emas membebankan  - kecacatan, nyanyuk,
- tidak bersefahaman di antara anak, menantu  dengan ibu bapa
- Kesibukan anak  dengan tugas seharian dan masalah kewangan -  kerjaya lebih penting daripada ibu bapa

2. Punca pengabaian disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri
- Pengalaman anak – anak sendiri  di alam  kanak-kanak
- Ibu bapa bengis, suka mendera – aspek fizikal dan mental
- Kurang pengetahuan agama – anak akan menyimpan perasaan dendam  terhadap ibu bapa yang dianggap kejam
- Satu cara untuk memuaskan hati mereka dengan mengabaikan kebajikan  dan kesihatan ibi bapa mereka  setelah  uzur dan tidak berupaya  sebagaimana dialami oleh anak-anak mereka dahulu

3. Proses urbanisasi dan modenisasasi
- Anak tinggal di kawasan perumahan  -teres, apartmen, rumah pangsa dan kondomunian  - terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat  dan bangsa
- Alasan- malu dan tidak mahu dipandang serong – komuniti   dan masyrakat setempat
- ibu bapa yang tua dan nyayuk – hantar ke rumah kebajikan

KESAN-KESAN

1. Warga tua yang diabaikan akan berasa sedih dan tersinggung
- Sedih – tidak ada orang yang mengambil berat akan kebajikan mereka
- Ingat- bahawa mereka pernah bergaul  dan menghabiskan masa dengan orang yang tersayang
- Usia tua- memerlukan banyak penjagaan yang rapi – kesihatan, ketrampilan dan pemakanan
- Ahli keluarga  sibuk  mencari wang – warga tua akan berasa tersinggung  -  mereka tidak  menerima tumpuan atau kasih sayang

2. Pengabaian warga tua – menambahkan beban negara
- Banyak  rumah penjagaan dan rumah orang tua akan dibina – tindakan anak hantar orang tua mereka
- Persepsi anak-anak  - ibu bapa akan mendapat penjagaan yang rapi
- Meningkatkan  kos – lebih banyak pusat jagaan akan dibina
- Bilangan pekerja akan ditambah
- Makan minum penghuni  turut meningkat
- Membebankan negara

3. Pengabaian warga tua memberi gambaran  bahawa institusi kekeluargaan  di negara ini semakin rapuh
- Anak-anak akan menjadikan orang dewasa sebagai suri  teladan
- Tingkah laku orang dewasa akan  dipelajari dan dicontohi
- Gagal menunujukkan contoh yang baik – mengabaikan warga tua – anak akan mengabaikan warga tua
- Mereka akan meneladani  setiap perbuatan
- Institusi kekeluargaan akan terus dibebani dengan isu ini sampai bila-bila

4. Kesan jangka panjang – fenomena ini boleh mengugat kesejahteraan dan kestabilan  dalam masyarakat
- Mewujudkan kepincangan  dalam masyarakat dan menjejaskan pembangunan serta kemajuan  ekonomi mahupun social negara
- Tindakan mengabaikan ibu bapa yang sudah tua dan tidak berdaya betapa rapuhnya iman dan nilai moral
- Membuktikan sudah jauh  kehidupan – berpaksikan agama – gagal menbezakan baik buruk
- Tidak peduli dosa dan pahala atas tindakan ini

KESIMPULAN
- Keghairahan mengejar kemajuan- menterial – terdapat  golongan warga tua yang terabai (SENTUH ISU)
- Sepatutnya – layan kehendak dan kerenah mereka – hidup gembira dan bahagia (CADANGAN PENAMBAHBAIKAN)
- Kita seharusnya bersikap sabar, cekal, tabah – melayani ragam mereka (PENDAPAT)
- Sesungguhnya golongan ini yang melahirkan kita ke dunia
- Mereka mengasuh, mendidik dan membesarkan kita – dewasa dan berjaya di dunia- pelajaran dan kerjaya
- Jasa dan bakti mereka – disanjung dan dihargai selagi hayat dikandung badan (HARAPAN)

4) PENCEMARAN ALAM

4) PENCEMARAN ALAM

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini isu pencemaran alam  menjadi polemik di media massa.  Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan, namun masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Isi-isi

1.  Pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang
     -  Sebagai negara yang sedang membangun, sector perindustrian berkembang pesat di negara kita.  Kilang-kilang banyak dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
    -  kilang-kilang tidak menggunakan penapis asap yang berkesa. Membebaskan asap yang kotor dan beracun ke udara.

2.  Pertambahan bilangan kenderaan.
   -  peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai rakyat mampu memilik kenderaan sendiri.  Bilangan kenderaan yang berjuta-juta di atas jalanraya, menyebabkan pembebasan asap dan gas karbon monoksida yang banyak hingga mencemarkan kualiti udara.
 - semua ini menjadi punca berlakunya hujan asid yang menjejaskan kesuburan tanah-tanah pertanian.

3.  Pembakaran terbuka
    -  Pembakaran secara terbuka oleh pengusaha ladang-ladang juga memburukkan lagi keadaan. Syarikat-syarikat besar cuba menjimatkan kos pelupusan bahan-bahan buangan dari ladang-ladang.
    - Pemaju-pemaju perumahan juga melakukan pembakaran terbuka bahan-bahan lebihan binaan seperti kayu-kayu, barangan getah dan plastic.

4.  Pembuangan bahan-bahan domestik ke dalam sungai-sungai.
   - Sisa-sisa domestic dari kawasan perumahan, hotel-hotel, premis-premis kerajaan juga turut mencemarkan alam sekitar. Sisa-sisa yang terdiri dari minyak, bahan pencuci sangat berbahaya ini mengalir ke laut yang akhirnya menjejaskan hidupan akuatik.  Dalam jangka masa yang lama, kesuluruhan ekosistem akan terjejas.

PENUTUP
Walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan, namun masalah ini masih sukar diatasi kerana sikap masyarakat itu sendiri.  Masyarakat perlulah memiliki kesedaran untuk menjaga  kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah warisan untuk generasi akan datang.

3)CARA PEMBENTUKAN MODAL INSAN


3)CARA PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Soalan : Arus globalisasi, kemodenan dan kepesatan maklumat tanpa sempadan merupakan cabaran dan pengaruh yang besar dalam pembentukan insan kamil. Dalam mengharungi cabaran tersebut kita diperlihatkan dengan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja. Nyatakan cara  yang sesuai membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Pendahuluan

- Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam pembentukan modal insan.
- Pendidikan dapat dinilai daripada kemajuan dan pencapaian sesebuah negara.
- Kemajuan bidang teknologi maklumat merupakan cabaran terbesar kepada pembentukan modal insan kamil dalam kalangan remaja di negara ini.
- Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat masa kini.

Isi:

1. Pembentukan modal insan melalui pendidikan.
- Pendidikan merupakan asas terpenting bagi setiap individu
- Individu yang tidak berpendidikan dianggap sebagai tidak bertamadun dan dipandang rendah oleh sebahagian masyarakat.
- Pendidikan boleh dinilai daripada kemajuan dan kemajuan sesebuah negara.
- Memperkasakan pendidikan islam dan moral agar remaja dapat membezakan antara baik dan buruk sesuatu tingkah laku.

2. Peranan Ibu bapa dalam melahirkan modal insan kelas pertama.
- Ibu bapa memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.
- Dengan pendidikan terutama pendidikan islam yang sempurna akan membolehkan anak-anak terang hati menerima ilmu.
- Menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan sentiasa ingin memajukan negara.

3. Modal insan melalui kegiatan kokurikulum
- Dasar 1 murid 1 sukan mampu menjana modal insan kelas pertama.
- Melahirkan modal insan kelas pertama memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.
- Dasar ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Menjana modal insan yang cemerlang kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ) menghasilkan modal insan kelas pertama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
- Modal insan mampu dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
- Melahirkan modal insan dengan daya pemikiran yang dinamik, progresif dan eksklusif.
- Generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara.

5. Mentranformasikan pendidikan guru.
- Menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
- Guru yang baik akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perkembangan pendidikan terkini dari semasa ke semasa.
- Kualiti guru merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan keberhasilan murid.

6. Generasi muda hendaklah mempunyai jati diri yang unggul
- Generasi muda mempunyai tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi beradasrkan prinsip rukun negara.
- Harus menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian.
- Modal insan berkeperibadian yang mulia menyumbang ke arah pembangunan negara.
- Dapat mengharumkan nama negara.

Kesimpulan

- Kerajaan amat menitik beratkan sistem pendidikan negara demi mencapai sistem pendidikan bertaraf antarabangsa
- Modal insan yang cemerlang dapat menjadi harapan dalam pembangunan negara.
- Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan kelas pertama negara.
- Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi melibtkan gandingan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan usaha yang dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama.

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Bahasa Melayu diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Namun, pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik, terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan.
Pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan komunikasi lisan pelajar.


Isi

1.  Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Terutama dari segi pembinaan ayat yang  gramatis. Isi yang hendak disampaikan menjadi kurang berkesan. Apatah lagi jika isi itu disampaikan secara lisan.

2.  Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina, Tamil, malah bahasa Thai. Pelajar Melayu pula dipengaruhi oleh bahasa dialek.

3.  Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan am.

4.  Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar.

5.  Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas. Komunikasi menjadi tidak lancar.

6.  Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan.Pelajar terbawa-bawa dengan bahasa daripada laman sosial seperti laman “facebook”, laman “whatapps”,dan sebagainya.


Kesimpulan
Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu baku sangat penting.
Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan imej negara.