Monday, 8 October 2018

PENDERAAN KANAK-KANAK (ESEI PA)


PUNCA DAN KESAN

           Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal, emosi, seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak. Laporan media tempatan mengatakan terdapat hampir 1,500 kes dera berlaku di Malaysia sejak Januari sehingga Jun 2016. Persoalannya, mengapa kes penderaan kanak-kanak masih sukar dibendung dan apakah kesan kepada mangsa dan keluarga?

       Salah satu punca kes penderaan kanak-kanak sukar dibendung termasuklah masalah kekeluargaan seperti  krisis kewangan. Perbelanjaan anak-anak dianggap membebankan lagi masalah mereka. Masalah rumah tangga yang tercetus menyebabkan ibu bapa hilang kewarasan akibat tekanan emosi . Tanpa pertimbangan yang wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram mereka.

          Selain itu, latar belakang keluarga asal yang dibesarkan dengan kekerasan menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak. Ibu bapa yang berasal daripada keluarga yang tegas beranggapan kekerasan ialah cara terbaik untuk mengasuh kanak-kanak.  Ibu bapa memukul anak-anak yang melakukan kesalahan dan tidak memberitahu alasan mengapa mereka diperlakukan sedemikian.  Apabila mereka berkeluarga nanti, mereka  akan turut  membesarkan anak-anak mereka sebagaimana cara mereka dibesarkan dahulu.

          Kesan kepada mangsa penderaan kanak-kanak termasuklah mereka  menjadi pengecut dan tidak berani untuk menghadapi cabaran hidup. Pada masa kecil, ibu bapa telah menengking dan memukul dengan kasar setiap kali mereka melakukan kesalahan.  Kesakitan pada badan dan fikiran yang ibu bapa tidak menyayangi mereka meninggalkan trauma kepada kanak-kanak. Apabila dewasa, mereka enggan mencuba perkara baharu kerana takut disakiti.

          Seterusnya, kesan penderaan kanak-kanak telah menyebabkan kanak-kanak hilang kepercayaan terhadap orang dewasa. Kanak-kanak mempercayai bahawa ibu bapa bertanggungjawab melindungi dan memberikan kasih sayang kepada mereka. Kepercayaan mereka dikhianati setelah ibu bapa sendiri mendera mereka. Sebagai contoh, anak-anak menjadi mangsa tending dan terajang walaupun kesalahn yang dilakukan amat kecil.

           Kesan negatif yang dirasai oleh kanak-kanak yang didera ialah kecederaan pada anggota fizikal mereka. Luka di kepala, badan dan muka akan memberi kesan yang tidak baik khususnya terhadap masa depan mereka apabila meningkat dewasa. Kecacatan fizikal yang serius boleh berlaku. Misalnya, ibu bapa memukul badan anaknya sehingga tulang belakang patah dan tempang akan menyusahkannya untuk pergi menuntut ilmu.

          Jelaslah semua pihak hendaklah mengambil serius kes penderaan kanak-kanak dan bertindak menanganinya. Kanak-kanaklah pewaris negara yang bakal memaju kemajuan negara.

MASALAH KERENGGANAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN (ESEI BM)



Masalah kerengganan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat kini tidak harus dibiarkan berterusan. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini terjadi? Apakah kesan yang akan timbul sekiranya masalah ini berterusan?

Isi 1 :           tidak mementingkan pendidikan agama dan kerohanian
Huraian : Pendidikan agama dan kerohanian ini merupakan tunjang utama untuk mengekalkan
                   hubungan kekeluargaaan.
Huraian : Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang tidak mementingkan pendidikan
                   keagamaan lazimnya akan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral dan bersikap kasar
                   terhadap ibu bapa.
Contoh:     Keratan akhbar daripada Berita Harian melaporkan seorang remaja bertindak memukul
                   ibu bapanya sehingga berdarah dan pengsan hanya kerana menanyakan sebab dia tidak   
                   mahu menunaikan  solat. Keadaan ini menunjukkan ketiadaan keimanan membuatkan
                   anak-anak menjadi seorang yang panas baran. Hubungan antara anak dan ibu bapa
                   tersebut terjejas.

Kesimpulan  Pengabaian pendidikan agama kepada anak-anak oleh ibu bapa menyebabkan
kecil:              masalah kerengganan keluarga terjadi.
                                .
Isi 2 :                sikap materialistik dan hendonisme
Huraian:     Golongan ibu bapa lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan
                     keselesaan diri.
Huraian:     Ibu bapa yang bersikap sedemikian telah mengabaikan tanggungjawab terhadap
                     anak anak dengan menggantikan nilai kasih sayang dalam bentuk wang ringgit.
Contoh:       Beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan ibu bapa sering pulang lewat ke rumah.
                     Ada ibu bapa pulang pada pukul 10.00 malam lalu terus tidur. Anak-anak tidak 
                     berpeluang menceritakan kehidupan mereka di sekolah. Anak-anak berasa mereka
                     seolah-olah diabaikan kerana ibu bapa tidak berbual dan mendengar luahan cerita
                     mereka.

Kesimpulan  Jelaslah cara hidup ibu bapa yang mementingkan duit telah menyebabkan
kecil:              kemerosotan dalam hubungan kekeluargaan.



Isi 3:                  perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Huraian :   Majoriti anggota keluarga hari ini terlalu menumpukan kepada alat-alat tekonologi  
                    maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyebabkan kekurangan komunikasi antara
                    ahli keluarga .

Huraian :   Anggota keluarga sering menggunakan alat – alat komunikasi apabila berkumpul
                    dengan ahli keluarga yang lain. Anak – anak lebih gemar menghabiskan masa 
                    mereka dengan bermain gajet dan komputer berbanding melakukan aktiviti di luar
                    rumah.
Contoh :     Di restoran, kita dapat melihat ada keluarga yang tidak bersembang kerana masing-
                    masing leka menggunakan telefon bimbit sementara menunggu makanan mereka
                    dihidangkan.


Kesimpulan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini telah mencapai tahap yang
kecil :             membimbangkan apabila memberi kesan yang buruk terhadap hubungan kekeluargaan.



Isi 4:                      penglibatan anak-anak dalam gejala sosial
Huraian :     Ibu bapa kurang memantau setiap gerak-geri anak-anak sehingga mereka
                      terasa diabaikan. Hal ini demikian dikatakan kerana ibu bapa sibuk menguruskan  
                      karier masing-masing demi mengejar impian mereka.

Huraian :     Anak-anak mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk melibatkan diri
                      dalam gejala sosial. Mereka berasa bebas tanpa pengawsan daripada ibu bapa.
Contoh :       Penglibatan anak-anak dalam pelbagai gejala sosial dapat membuktikan dengan
                      peningkatan peratusan dari tahun ke tahun. Kajian yang dilakukan oleh pelajar
                      Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati bahawa berlaku penglibatan remaja dalam
                      gejala sosial semakin meningkat daripada 1876 kes kepada 1980 pada tahun 2015 jika
                      dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Kesimpulan   Ibu bapa perlu mengambil tahu apa, siapa, dan dimana anak-anak berada supaya
kecil :             mereka tidak terlibat dalam gejala sosial.




Isi 5:                     mengurangkan produktiviti negara
Huraian :     Ibu bapa ialah tenaga kerja kepada pembangunan ekonomi negara. Masalah           
                      kerengganan  hubungan kekeluargaan memberi kesan kepada emosi mereka.

Huraian:       Keadaan ini menyebabkan ibu bapa tidak fokus untuk melaksanakan tugas kerana 
                      sibuk  memikirkan masalah yang berlaku di rumah.

Contoh:         Majikan bertindak memecat ibu bapa yang bersikap sedemikian. Majikan tidak  
                       mahu  pekerja yang tidak dapat memisahkan antara hal peribadi dan pekerjaan.    
                       Akibatnya, ibu bapa tidak dapat menyumbang terhadap kemajuan negara.

Kesimpulan  Terbuktilah bahawa produktiviti negara semakin berkurang apabila ramai ibu
kecil:              bapa yang dipecat.

PENYALAHGUNAAN INTERNET (ESEI PA)


               Penyalahgunaan Internet yang berfungsi sebagai wadah penyebaran ilmu dan maklumat menyebabkan jenayah siber berlaku. Jenayah siber semakin berleluasa dan sukar ditangani pada abad ini.

              Salah satu sebab jenayah siber semakin berleluasa termasuklah undang-undang dan hukuman terhadap pelaku jenayah siber tidak dikaji secara menyeluruh. Undang-undang sedia ada tidak menakutkan pelaku jenayah siber.  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun. Hukuman yang dikenakan tidak berjaya menyedarkan pelaku jenayah siber supaya pulih dan insaf.

           Selain itu, masyarakat tidak mempunyai pengetahuan terhadap jenayah siber turut menyumbang kepada perleluasan jenayah siber. Kerajaan tidak bergiat aktif dalam usaha memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak daripada menjadi mangsa. Kesannya, masyarakat mudah ditipu sehingga kehilangan wang berpuluh-puluh ribu dan maklumat peribadi dicuri. Masyarakat mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat,no telefon serta no kad pengenalan  di media sosial. Pelaku jenayah siber memanfaatkan maklumat tersebut untuk mewujudkan identiti orang lain.

               Jenayah siber berleluasa kerana Malaysia kurang bekerjasama dengan negara-negara lain bagi meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber. Malaysia mempunyai pakar-pakar komputer yang terhad dan kurang mahir berbanding dengan pakar-pakar computer dari  Amerika Syarikat dan Britain. Kekurangan kerjasama dengan negara tersebut telah membataskan bidang ilmu pengetahuan dalam menangani penjenayah siber. Unit pencegahan jenayah siber yang ditubuhkan di negara kita tidak mantap.

            Jenayah siber sukar ditangani apabila masyarakat bersikap materialistic dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan wang. Penjenayah siber memanfaatkan hakikat itu dengan memperkenalkan skim cepat kaya di Internet. Skim cepat kaya yang terkenal  adalah skim pyramid, skim Ponzi dan skim Pak Man Telo. Terdapat juga urusniaga melalui Internet di mana barang yang dijual adalah tidak wujud sedangkan pembeli telah membayar harga barang yang dilanggan.

              Jenayah siber sukar ditangani kerana kerajaan telah memperkenalkan jaminan tiada penapisan internet. Hal ini demikian kerana, kerajaan ingin menggalakkan kemasukan pelaburan asing terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Malaysia telah memperkenalkan senarai yang dikenali sebagai Ruang Jaminan iaitu jaminan tiada penapisan Internet. Penjenayah siber bebas menggunakan Internet kerana mereka tahu sekiranya tiada tapisan dilakukan pastinya kegiatan jenayah mereka tidak dipantau.

                     Semua pihak berganding bahu bagi membendung jenayah siber daripada berlaku supaya masyarakat berasa selamat apabila menggunakan Internet.

TREND AKHIR ZAMAN

        So, malam ni aku rasa nak aku tegur saudara perempuan aku. Aku xmampu nak buat video macam Mr Kokom, hanya nukilan tulisan yang aku mampu.

         Wahai saudari,

         Wei, (maaf aku mulakan dngr wei) aku semak tengok korang pakai
  • tudung atas dada
  • pakai shawl belit2 lebih kain tu selempang ke belakang
  • seluar ngam2 pada buku lali + tak pakai stokin
  • tudung elok dah pakai tiba acah bagi anak2 rambut keluar                                                         EH APENI! APA KES KORANG WAT CENNI! NI TAKTIK NAK TARIK PERHATIAN KE ACANER?!

         Gais, korang tu perempuan. Korang itu permata. Juga ibarat gula2 yang dibalut. Martabat korang lagi tinggi berbanding zaman jahiliah dulu.

         Aurat tu kena jaga awak. Seruan menutup aurat telah lengkap diturunkan sejak 1400 tahun. Suka tak suka memang kena tutup. Lama2 dari paksaan datang keihklasan. Aku xboleh terima alasan belum bersedia. Nak tunggu bersedia sampai bila sis? Nak tunggu malaikat maut?

         "Aku tak kacau pun orang lain pun walaupun aku pakai macam ni". Pala bana kau tak kacau orang lain. Orang lain pun kena tempias dosa sebab tengok kau yang tak tutup aurat. Yang tak tegur ape tah lagi. Yang tegur dalam hati selemah-lemah iman tu boleh la gagah.

         Jadi masalahnya bila perkara ni jadi trend. Fesyen yang kau pakai tu seolah-olah lambat laut menjadi satu normalisasi kepada masyarakat di sekeliling. Sebab tu makin ramai orang yang terjebak nak berpakaian macam kau sbb terpengaruh.

       Sekian bebelan aku di malam hari...