Senarai tajuk karangan dalam post ini. (Untuk menjimatkan masa korang)
- kesan pembalakan haram
- punca pelajar gagal mengesuai kemahiran lisan Bahasa Melayu
- cara pembentukan modal insan
- pencemaran alam
- pengabaian warga tua
- punca penyebaran penyakit berjangkit
- peranan majikan untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja
- sebab rawatan alternatif menjadi pilihan masyarakat
- kebaikan sistem STPM baharu
- kebaikan dan keburukan rumah pangsa dan pangsapuri
- banjir kilat
- filem seram
1) KESAN PEMBALAKAN HARAM
PENDAHULUAN
Konsep pembalakan
• aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang
• mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui.
• Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram.
KESAN PEMBALAKAN HARAM
1. Memusnahkan flora dan fauna
- memusnahkan kawasan hutan yang kaya dengan flora, seperti tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam bidang perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dll.
- di samping itu, kemusnahan habitat bagi haiwan-haiwan liar dan lain-lain - mungkin pupus - merugikan negara
2. Menyebabkan berlakunya bencana alam
- akar-akar pokok yang berfungsi mencengkam bumi sudah dimusnahkan- kawasan hutan yang gondol mudah terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan - berlaku hakisan yang serius hingga menyebabkan tanah runtuh - mengancam nyawa
3. Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan hutan dan hutan simpan
4. Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukkan semula jadi
5. Kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon)
- lapisan ozon bertindak memusnahkan larutan karbon dioksida kepada organik - karbon di udara akan meningkat mengakibatkan masalah pemanasan dunia - menyebabkan suhu bumi meningkat.
6. Menjejaskan industri pelancongan
- kekurangan kawasan hutan semula jadi akan mengurangkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara - menjejaskan sumber ekonomi negara.
7. Menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat
- bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan binatang buruan akan berkurangan
- kekurangan hasil-hasil hutan juga menjejaskan pendapatan penduduk.
PENUTUP
• Pembalakan haram mendatangkan kesan negatif kepada ekosistem
• Membawa bencana kepada manusia dan seterunya boleh menjeaskan ekonomi sesebuah negara
• Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah pembalakan haram.









