Orang
Kelainan Upaya atau OKU termasuklah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan
jangka masa panjang dari segi fizikal dan mental apabila berhadapan
halangan. Ada yang menjadi cacat akibat
mengalami kemalangan. Pelbagai usaha dilakukan golongan kelainan upaya untuk
mendapat pekerjaan walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Cabaran
yang dihadapi golongan kelainan upaya termasuklah pihak majikan mengamalkan
dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat.
Golongan kurang berupaya dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka. Misalnya, mereka memerlukan sejam untuk
menyiapkan sesebuah tugas manakala manusia normal memerlukan 30 minit. Majikan
tidak mengambil OKU kerana mereka dilihat tidak meyumbang kepada keuntungan
syarikat.
Golongan
kelainan upaya menghadapi cabaran kerana masyarakat tidak prihatin untuk membantu mereka mendapat pekerjaan. Mereka dipinggirkan oleh masyarakat berikutan
mereka ialah kumpulan minoriti. Masyarakat tidak memberitahu bahawa OKU layak
menerima keistimewaan yang ditawarkan pihak kerajaan. Misalnya, Jabatan
Kebajikan Masyarakat boleh membantu OKU mencari pekerjaan atau memberikan modal
untuk memulakan perniagaan.
Usaha
yang boleh dilakukan oleh orang kelainan upaya untuk membina kerjaya
termasuklah mereka hendaklah mempelajari kemahiran tambahan. Selain pencapaian dalam bidang akademik,
kemahiran tambahan dapat menarik minat pihak majikan untuk mengupah mereka. Kolej Vokasional dan Kolej Komuniti
menawarkan kursus untuk golongan ini. Golongan kelainan upaya dapat mendaftarkan
diri mereka untuk program-program seperti menjahit, kulinari, pastry dan
landskap. Setelah menamatkan kursus
tersebut, mereka menerima Sijil Kemahiran Khas untuk dikemukan semasa meminta kerja.
Selain
itu, golongan kelainan upaya dapat
membina kerjaya dengan memohon untuk bekerja di tempat yang sesuai dengan
keadaan fizikal mereka. Golongan kelainan upaya hendaklah mengambil kira
persekitaran tempat kerja supaya mereka dapat melaksanakan tugas tanpa
membahayakan diri. Tahap kesihatan mereka telah membataskan mereka daripada
melakukan kerja-kerja berat. Pekerjaan sepeti pegawai khidmat pelanggan dan
kerani sesuai kerana mereka tidak perlu
mengangkat barang.
Di samping itu, golongan ini dapat membina kerjaya seperti
manusia normal dengan melakukan bisnes dari rumah. Hal ini demikian kerana,
mereka terpaksa bergantung kepada seseorang untuk membawa mereka berulang-alik
antara rumah dengan tempat bekerja. Maka, perniagaan atas talian ialah jalan
yang paling mudah.
Kesimpulannya, golongan OKU memerlukan bantuan untuk meneruskan
kehidupan dan memperoleh pekerjaan.
Kerajaan dan pihak swasta hendaklah menyediakan kuota bagi golongan OKU
diambil bekerja agar mereka tidak berasa dipinggirkan.
Thanks! I m a blogger too, stpm stdent (althought sometime too busy to update,but blogging and sharing is my favorite passtime!)
ReplyDeleteHi Chien Yi! I am really happy to see people comment at my post. It just made my day. Hey, i wish you all the best in your life. :D
Deleteare also my*
ReplyDelete