Sunday, 4 December 2016

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

2) PUNCA PELAJAR GAGAL MENGUASAI KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara
Bahasa Melayu diajar di semua peringkat persekolahan bermula sekolah rendah hingga ke tingkatan 6. Namun, pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik, terutama kemahiran berkomunikasi secara lisan.
Pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan komunikasi lisan pelajar.


Isi

1.  Pelajar gagal menguasai ilmu tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Terutama dari segi pembinaan ayat yang  gramatis. Isi yang hendak disampaikan menjadi kurang berkesan. Apatah lagi jika isi itu disampaikan secara lisan.

2.  Bahasa lisan pelajar pelajar dipengaruhi oleh bahasa ibunda seperti bahasa Cina, Tamil, malah bahasa Thai. Pelajar Melayu pula dipengaruhi oleh bahasa dialek.

3.  Pelajar kurang pengetahuan tentang isi yang hendak disampaikan. Hal ini disebabkan oleh kurang pembacaan bahan-bahan umum atau kurang pengetahuan am.

4.  Pelajar kurang mahir dari aspek gaya penyampaian menyebabkan penyampaian isi tidak berkesan. Isi kurang difahami oleh pendengar.

5.  Pelajar kurang keyakinan diri dalam berkomunikasi. Mereka mudah gemuruh dan gugup semasa berhadapan dengan khalayak, apatah lagi jika berhujah di pentas. Komunikasi menjadi tidak lancar.

6.  Amalan berkomunikasi pelajar yang menggunakan bahasa rojak juga menjadi penyebab pelajar gagal menguasai kemahiran lisan.Pelajar terbawa-bawa dengan bahasa daripada laman sosial seperti laman “facebook”, laman “whatapps”,dan sebagainya.


Kesimpulan
Amalan berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu baku sangat penting.
Bahasa Melayu baku sebagai wahana perpaduan dan mencerminkan imej negara.

1) KESAN PEMBALAKAN HARAM


Senarai tajuk karangan dalam post ini. (Untuk menjimatkan masa korang)

  1. kesan pembalakan haram
  2. punca pelajar gagal mengesuai kemahiran lisan Bahasa Melayu 
  3. cara pembentukan modal insan
  4. pencemaran alam
  5. pengabaian warga tua
  6. punca penyebaran penyakit berjangkit
  7. peranan majikan untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja
  8. sebab rawatan alternatif menjadi pilihan masyarakat
  9. kebaikan sistem STPM baharu
  10. kebaikan dan keburukan rumah pangsa dan pangsapuri
  11. banjir kilat
  12. filem seram

1) KESAN PEMBALAKAN HARAM

PENDAHULUAN

Konsep pembalakan

aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang
mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui.
Terdapat beberapa kesan negatif akibat pembalakan haram.

KESAN PEMBALAKAN HARAM

1. Memusnahkan flora dan fauna 

- memusnahkan kawasan hutan yang kaya dengan flora, seperti tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam bidang perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dll.
- di samping itu, kemusnahan habitat bagi haiwan-haiwan liar dan lain-lain - mungkin pupus - merugikan negara

2. Menyebabkan berlakunya bencana alam

-  akar-akar pokok yang berfungsi mencengkam bumi sudah dimusnahkan- kawasan hutan yang gondol mudah terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan - berlaku hakisan yang serius hingga menyebabkan tanah runtuh - mengancam nyawa

3. Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan hutan dan hutan simpan

4. Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukkan semula jadi 

5. Kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon) 
- lapisan ozon bertindak memusnahkan larutan karbon dioksida kepada organik - karbon di udara akan meningkat mengakibatkan masalah pemanasan dunia - menyebabkan suhu bumi meningkat.

6. Menjejaskan industri pelancongan 
- kekurangan kawasan hutan  semula jadi akan mengurangkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara - menjejaskan sumber ekonomi negara.

7. Menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat
- bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan binatang buruan akan berkurangan
- kekurangan hasil-hasil hutan juga menjejaskan pendapatan penduduk.

PENUTUP

Pembalakan haram mendatangkan kesan negatif kepada ekosistem
Membawa bencana kepada manusia dan seterunya boleh menjeaskan ekonomi sesebuah negara
Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah pembalakan haram.































FONOLOGI


Thursday, 1 December 2016

Cara Menulis Resume / Panduan Resume

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongsi maklumat yg saya dpt semasa mendengar ceramah menulis resume.

First thing first apa yg korang kena tahu

 PENGENALAN

* Resume ni sebenarnya tidak ada format ( sbb x rasmi)
* Jd korang bebas menghasilkan resume yg pelbagai design pattern dan sebagainya.
* Sesetengah orang prefer nak buat yg formal,classic,cliche dan ada juga yg suka kalu wat resume lain drpd yg lain.
*Berikut saya sertakan contoh, kot2 ada org yg xfaham maksud saya.

Yg ni formal punya

Yg ni pattern resume yg lain drpd kebiasaan





*Nak tahu lebih lanjut tentang design resume ini, sila google dengan lebih lanjut. *wink
*Korang rasa la kan, yg mana antara dua resume ni yg menarik perhatian majikan?
*Akhir sekali, terpulang kepada korang nak buat resume mcm mana, yg penting isi intipati dlm resume tu. Karang, wat berdesign design, bercorak corak, maklumat korang xmenarik, tetap xdiambil bekerja jugak.

 *Bg institusi kerajaan, resume dalam BM dan institusi swasta, resume dalam BI

GAMBAR

Gambar berukuran passport ( Gambar paling terkini dan comei/hensem)

#janganbagigambarselfieandaplis

Gambar memberikan 1st Impression kpd penemuduga.


ISI KANDUNGAN

1) MAKLUMAT PERIBADI

  • Nama penuh
  • Alamat (alamat semasa dan alamat tetap)
  • No KP
  • No telefon ****amat penting
  • E-mail (letak yg formal mcm mohdsyah@gmail.com) jgn letak (beautifulkochi_87@gmail.com)
 2)TAHAP PENDIDIKAN
  • Susunan menurun ( Ex: Phd, Masters, Bachelor, Diploma, STPM, SPM)
 3)PENGALAMAN KERJA/PRAKTIKAL


4)MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Aktiviti ko-kurikulum
  • Pencapaian
  • Kemahiran 
 
5)OBJEKTIF

  • Matlamat kerjaya
  • Meningkatkan kemahiran
  • Sumbagan yg boleh diberi kepada organisasi 
 
6)GAJI

  • Pastikan korang 'survey' gaji bagi kerja yg korang nak apply (JobStreet.com)
 
7)RUJUKAN

  • Orang yg kenal anda > 5 tahun
  • Bukan keluarga, bukan kawan,
  • Bagi pelajar, boleh ambil guru sbgai rujukan
  • Bila letak nama cikgu, kena minta izin tau dri dia nak guna nama sebagai rujukan. 
 
SILA MEMPROMOSIKAN DIRI ANDA DALAM RESUME ITU


#MOHONGILAKUASA 

                   7 KESILAPAN DALAM MENULIS RESUME

  1. Tanpa surat iringan
  2. Tiada spesifik nama penerima
  3. Tiada spesifik jawatan
  4. Membosankan (cliche)
  5. Tidak proaktif
  6. Terlalu Panjang
  7. Tidak menipu/menokok tambah maklumat 
 
 
 
 

 

Wednesday, 3 August 2016

Harini aku rasa down. Sebab apa? Markah ekonomi aku teruk. Aku marah pada diri sendiri sebab aku target ekonomi aku dpt result elok. Aku dapat 55. Aku target markah dalam 70 ke atas.

Yang membuatkan aku terkesan ialah sebab aku telah dipotong 10 markah gara2x aku tidak mengikut cara yang cikgu ajarkan. Soalan itu esei tapi boleh ja ditulis sebaris sebaris. Yang jadi masalah sebab aku tak letak kata penghubung between jawapan aku untuk menghubungkan perenggan 1 dan perenggan 2. Wei, serius aku gitau, haritu frust giler. Ditambah ngan cikgu yang mcm xsangka aku betapa teruknya result aku ni. Sedangkan ada budak dlm kelas aku dapat 97.

Oh ya, MUET exam pun aku teruk especially for writing essay part. Yes! Aku mengaku aku tak study apa pun for MUET sebab aku ingat senang ja. Haha *gelak hambar. Telahan aku meleset sama sekali. Makanya result aku pun HaHaHHa. Aku dpt 13/40 for writing and 24/45 for reading.

For MUET WRITING: Soalan dia mcm ni:



Dulu masa sekolah menengah, dah menjadi kelaziman aku tulis essay yang psl story rekaan sendiri for essay yang kena tulis panjang. Time tu heaven sbb aku boleh menulis apa sahaja story fanfiction/writing asalkan tak terkeluar dari tajuk soalan.
 Xpernah aku menulis psl benda ilmiah mcm ni. Kalu tak pun, dulu ada gak key words yang diberi. 

Leh la jugak hang agak2x nak tulis essay apa. Yang ni. Yang ats ni. Fuhh pepandailah engkorang buat title, overall trend, analysis, synthesis and conclusion sendiri. AMEK KAU. Nak tahu lebih lanjut, sila google sendiri. LOL XD.


For MUET READING: 


  • You must have a vast of knowledge on vocabulary words.
  • Use your time wisely because there will be 6 long long passages that you need to read, then search the answer and blacken the A,B,C choice. 
  • I'm always confuse with the C choice, because C choices are always NOT STATED. And it always made me want to circle it, Ex:
1) Skateboarding attracted the most number of participants in 2005.
       A) True
      B) False
      C) Not stated



- Itu sahaja coretan pd hari ini. Sekian -









Monday, 1 August 2016

Aku Dipilih?

Harini aku rasa bangga jap sbb ada kawan aku panggil nama aku. Bukan apa, aku terharu sebenarnya. Especially dari kawan yang berlainan jantina. Tahu juga nama aku rupanya. Bagus2x. Agakla kan kalu dah satu kelas hg tak tau. Memang nak kena gak ni. Pastu harini kawan aku sebelah kelas pun ditawarkan nak jd pengawas oleh Biro Disiplin. Aku tanya apa perasaan dia? Sembang pi sembang mai maka tercetuslah sebuah perbualan seperti ini: Aku: Wei, mcm mana? Apa perasaan hg?. H: Aku?! 50/50. Nak dan tak nak tu sama banyak. Aku: Woaa. Hang siap leh bagi percent lagi. Aku?! Ummm....aku n yg lgi 5 masuk dlm bilik tu. Pastu cikgu in charge explain la reason kami dibawa berkumpul di bilik tu. Pastu dia cakap hampa sedar tak hampa ni dicalonkan. Masing2x muka kebluran. Setelah diexplain oleh cikgu bahawa banyak kepentingannya menjadi Pengawas dalam Biro Disiplin ni dari segi aspek markah kokurikulum, kemahiran interpersonnal dan yada yada maka takda sorang pun dri kami jawab untuk menolak jawatan tersebut. Last2x, cikgu tu cakap...kita (dia dan lagi sorang cikgu), ambil je la semua ni. (Tapi aku tak sure betulkah kami 5 org ini trus dilantik sbb H gitau seminggu or dua minggu ni cikgu-cikgu still nak buat penilaian) Berbeza pula situasi aku ngan kawan aku, H. H: La....camtu pula. Dah tak sure aku cakap la kat cikgu kata aku tak mau. Terkeluar habis aku cakap. "Cikgu, tanggungjawab dia besar kot. Saya tak mau dipersoalkan di akhirat nanti psl saya tak laksanakan amanah dengan sebaiknya." Aku: Power gila ayat hang. Cikgu respon apa? H: Cikgu tanya pula dulu kat sekolah menengah aku ada pegang jawatan apa2 tak. Aku pun Tersebut kata aku naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan dan Pengerusi Kelab Komputer. Cikgu cakap aku ni popular rupanya kat sekolah dulu-dulu. Hang pula acenna? Nak ke jawatan tu? Aku: (Aik...dia tanya kita pula). Aku pun 50.50 gak. Tapi more kepada tak nak. Sbb aku takut nanti terlalu sibuk dan penat di samping aku nak study lagi. H: Hang nak tolak or tak? Aku: Aku kena pikir dulu yang tu. -PERBUALAN TAMAT- Balik rumah...setelah berfikir sejenak dan memohon petunjuk dari Allah, aku membuat keputusan aku redho je. Dapat tak dapat aku ikut ja flow. Sbb apa? Sebab ni: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) Dan aku fikir, takkan nak asyik terperuk dalam bilik study. Mana nak dapat pengalaman? Ye tak? >,>