Wednesday, 1 February 2017

Whatapp Group, Iktilaf, Maksiat, Couple

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Sekarang pukul 10.10 mlm n terdetik dlm fikiran aku nk taip entri ni. Bukan apa tujuannya sbb cerita, info yg ada di blog2 mostly sume dri tahun 2012. Mcm kira outdated. N aku rasa bertanggungjawab nk menulis ni sbb inilah realiti zaman sekarang...dunia akhir zaman.


Sekarang ni amat susat nk cari org yg betul-betul jaga iktilaf. Esp dri segi pergaulan lelaki dan perempuan. Di sini aku nk share sebuah cerita kt korang.

Btw aku guna WG as singkatan Whatapp group karang kalu aku tulis manyak kali wg kang xpasal2 pembuatnya saman aku.

Aku jenis budak yg rajin join banyak giler group whatapp sbb nk dpt info berkaitan dengan study or when to do course work. Basically group what app ni kebanyakan ahli-ahlinya pun maybe student mcm aku gak. Aku assume la.

Anyway, ada satu hari ni. Someone post dlm group tu...dia share link psl nk join another wg yg tajuknya Jom Kawan Mana Tau Jodoh. Then apa aku buat? Aku join la grup tu ;)

Whattttt?!!

Ok. Ok. Hold on a second. Aku x abis lg taip.

Aku join group tu atas dasar aku nak tahu group mcm ni mesti laki n perempuan gatal2 merenyam mengalahkan ulat bulu nk cari tulang rusuk. Bohonglah dh nama group tu mcm tu...xkan tak sembang laki perempuan. N xkan la jodoh aku jenis bengong sangat smpai nk masuk grup centu...

N daripada situ aku boleh nampak

Memula diorang bg salam.
Pastu minta intro.
Pastu memasing pun cakap saya dari mana2 negeri.
Dah lama2 intro, mula minta gambar.

Paling aku geram ada laki ni tetiba send gmbr perempuan. Aku tanya tu siapa. Dia jawab tu la Diana, admin kita yg comel.

*Facepalm aku. Aiyoo, xkan x malu ada org lain yg send gmbr kita dlm group yg penuh ngn stranger n of course include the both gender.

Tu satu hal.

N saja aku perati karakter masing2 dr segi apa yg diorang. Dri situ pun boleh nilai.

Ada someone ni, aku tengok nama dia pun dh pelik. 'Jiwa Kacau'. Ada ka patut dia pi send gmbr girls wearing their undewear. Nampak sngt la dia ni jenis mcm mana. And aku tertanya, reason yg dia wat centu...ok memang dia akan dikecam..plng teruk kena remove and one more, mcm mana kalj itu taktik dia? Dia saja hantar gambar tu nk pancing org.

Maksud aku mcm ni, dia hantar gmbr tu dlm group untuk cri org yg sama pelik pemikirannya ngn dia.

 Astagfirullahaladzim.

Pastu makin lama kita boleh nampak perubahan yg berlaku dlm grup tu.

Mula la pakat2 send audio suara masing2.
Dari situ, boleh timbul zina telinga n zina hati tahu x?

Sbb sebelum ni korang x kenal pun org tu. Jd bila korang dngr audio suara org tu, mulalah rasa nk kenal org tu. Dok terngiang ngiang suara tu. N ada org yg pemikirannya pelik suka tau dngr audio suara tu. Yg tu aku xmau ulas. Pandai2 fikir.

Jadi abang2, kakak2, tolonglah sedar, sEdAR, SEDAR, tolong jaga pergaulan korang terutamanya di media sosial. Jaga diri korang tu. Minta ada perasaan malu. Jangan merendahkan maruah diri sangat. Punya kalut nk cari jodoh bukannya kalut nk cari Ilahi.

Ingat Allah, ingat agama dan ingat ibu bapa.


Sekian bebelan aku pd ini malam.

Sunday, 4 December 2016

12) FILEM SERAM – SEBAB DIMINATI

12) FILEM SERAM – SEBAB DIMINATI

Pendahuluan
Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu, iaitu kita disogokkan dengan filem yang berunsur seram. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan impak yang negatif  terhadap remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton filem yang bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur seram yang terdapat dalam adegan filem tersebut. Terdapat pelbagai punca yang mendorong kepada percambahan minat pada filem-filem yang bercorak sedemikian.

Isi-isi

1. Pemaparan tema cerita lebih senang difahami dan bersifat ringan tidak membebankan akal penonton untuk berfikir. Menghilangkan tekanan penonton

2. Kemudahan melanggan siaran  di astro first. Penonton tidak lagi perlu ke pewagam untuk menonton filem-filem seram terkini

3.  Merungkaikan perasaan ingin tahu masyarakat tentang alam ghaib

4.  Menonjolkan unsur-unsur pengajaran –kebaikan mengatasi kejahatan

5. Membuka ruang kreativiti seni reka dan teknologi baru-penataan cahaya, penataan bunyi dari sudut pengarahan

6 . Genre yang mendapat penganugerahan filem terbaik


Kesimpulan
Filem-filem seram yang keterlaluan boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah. Kepercayaan seperti adanya kuasa ghaib yang divisualkan dan mempunyai kuasa luar biasa boleh menyebabkan  masyarakat terpengaruh serta mempercayainya.



11) BANJIR KILAT

11) BANJIR KILAT

Pengenalan
-banjir yang berlaku serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka
-biasanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai
-kini banjir kilat kerap melanda bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,
 Georgetown, dan Ipoh.

Faktor-faktor banjir kilat

1.Hujan lebat yang turun  secara berterusan.
-tanah tidak sempat menyerap air
-isi padu air yang banyak menyebabkan air melimpah.

2. Sistem saliran yang tidak efisien
-menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, masalah perparitan dalam Bandar merupakan punca banjir kilat di Jalan Bangsar, Jalan Sumatera dan Jalan Pantai Baharu pada pertengahan Mei 2016.
-saliran yang tidak efisien menyebabkan air hujan bertakung.

3.Tiada hutan tadahan hujan
-hutan digondolkan untuk proses pembangunan.
-air hujan mengalir terus ke sungai
-air hujan yang banyak menyebabkan air sungai melimpah

4.Pemendapan kelodak dalam sungai
-pembukaan tanah bukit untuk proses pembandaran dan pertanian
-berlakunya hakisan tanah
-air hujan membawa tanah yang terhakis ke dalam sungai
-berlaku pemendapan dasar sungai dan sungai semakin cetek
-sungai yang cetek tidak mampu menampung isipadu air yang banyak dan menyebabkan banjir kilat   
5. Aliran sungai tersekat oleh bahan buangan
-akibat pembuangan sampah sarap ke dalam sungai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab
-air tidak dapat mengalir dengan lancar, menyebabkan air sungai melimpah

Langkah-langkah

1.Mengawal penebangan hutan
-membasmi pembalakan haram
-Mengurangkan penerokaan hutan untuk proses pembangunan
-hutan perlu dipelihara untuk dijadikan hutan tadahan hujan
-kawasan tadahan hujan mampu menyerap 20% air hujan.

2. Sistem saliran diselenggara dengan baik
-Perlu sentiasa dibersihkan agar tidak tersumbat

3.Pendalaman sungai
-mengorek lumpur di dasar sungai
-sungai menjadi lebih dalam
-mampu mengalirkan jumlah air yang lebih banyak

4. Menjaga kebersihan sungai
-tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai
-tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab
-melakukan operasi pembersihan sungai

5. Sistem saliran diselenggara dengan baik
-Perlu sentiasa dibersihkan agar tidak tersumbat

6. Pendalaman sungai
-mengorek lumpur di dasar sungai
-sungai menjadi lebih dalam
-mampu mengalirkan jumlah air yang lebih banyak

Kesan positif
  1.Melahirkan semangat tolong menolong dalam kalangan masyarakat
    -pelbagai bantuan dihulurkan oleh pelbagai pihak
    -dalam bentuk kewangan, pakaian, makanan
 2. Menyuburkan tanah
    - menguntungkan aktiviti pertanian dalam jangka masa panjang

Kesan negatif
1.-Mengorbankan nyawa
2.-Mengorbankan harta benda , tanaman, haiwan ternakan.
3.-Pelbagai penyakit mudah merebak, contohnya taun.
4.-Kemusnahan flora dan fauna
5-Merugikan kerajaan kerana perlu mengeluarkan kos untuk membaik pulih infrastruktur.

10) KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RUMAH PANGSA DAN PANGSAPURI

10) KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RUMAH PANGSA DAN PANGSAPURI

PENDAHULUAN
-Rumah pangsa merujuk kepada rumah yang bertingkat-tingkat dan berpetak-petak. Manakala pangsapuri merupakan rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas serta dilengkapi dengan kelengkapan dan kemudahan yang selesa.
-Kediaman sebegini boleh ditemui di kawasan pinggir bandar dan di sekitar ibu kota.
- Terdapat kebaikan dan keburukan rumah pangsa dan pangsapuri.

Kebaikan

1. Lokasi yang strategik
- terletak di lokasi yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah kota dan berhampiran dengan tempat kerja.
- tedapat akses mudah untuk ke tempat-tempat strategik seperti hospital, sekolah, pusat membeli belah dan pusat hiburan.

2. Kemudahan yang lengkap
- dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah seperti pusat kecergasan, kolam renang, taman permainan, trek berjoging dan sistem parkir kereta yang canggih dan selamat yang diselia selama 24 jam.
-memberi keselesaan kepada penghuni.

3. Tahap keselamatan yang tinggi
-Kawasan perumahan ini dilengkapi dengan sistem kawalan kad pintar
-Penghuni atau pelawat perlu mengesahkan kad pintar di pintu pagar .
-Kad pintar diperlukan untuk mengaktifkan lif.
-Selain itu, sebahagian besar rumah pangsa memiliki jeriji pada pintu masuk masuk apartmen.
-Terdapat pondok jaga dan pengawal keselamatan yang bertugas dari semasa ke semasa.
-keselamatan penghuni lebih terjamin

4. Bersifat lebih privasi
- lokasi sesetengah kediaman yang jauh daripada kesibukan kota memberi kesan privasi kepada penghuni
- kedudukan rumah yang tidak berhadapan secara langsung dengan rumah-rumah lain memberi keselesaan kepada penghuni, khususnya kepada mereka yang inginkan ketenangan dan kedamaian

5. Mengatasi masalah kekurangan tanah
- pembinaan rumah pangsa dan pangsapuri mampu mengatasi masalah kekurangan tanah
- dapat menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah terutamanya di bandar-bandar besar.
-menjimatkan ruang dan kos pembinaan rumah/ bangunan kediaman.

Keburukan

1. Sukar untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian rumah
- ruang yang terhad membataskan kerja-kerja pengubah suaian rumah.
- penghuni tidak dapat kepuasan untuk memiliki rumah idaman.

2. Masalah ketidakselesaan penghuni
- lokasi rumah yang saling berhimpitan menimbulkan ketidakselesaan kepada    penghuni
-penghuni perlu menjaga tingkah laku/ tatatertib supaya tidak menganggu ketenteraman penghuni yang lain.

3. Tiada interaksi antara jiran
-bentuk rumah yang tidak berhadapan antara satu sama lain membataskan interaksi antara jiran
-penggunaan kad pintar untuk masuk ke kawasan kediaman turut membataskan pergaulan.

4. Menimbulkan gejala sosial khusunya dalam kalangan remaja
-kawasan yang terhad membataskan pergerakan penghuni
-ruang rumah yang sempit memberi tekanan kepada ahli keluarga penghuni
-hal ini mendorong mereka untuk teribat dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti vandalism
-pihak pengusaha rumah pangsa dan pihak berwajib perlu meningkatkan kemudahan di kawasan perumahan pangsa dan pangsapuri bagi memberi keselesaan yang maksima kepada para penghuni.

5. Menghalang aktiviti harian penghuni
- penghuni tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan bebas
- aktiviti seperti berkebun tidak dapat dilakukan kerana tiada ruang yang sesuai
- penghuni tidak sihat kerana aktiviti yang menyihatkan badan tidak dapat dijalankan
- jumlah penduduk yang terlalu ramai membataskan penggunaan kemudahan sukan di kawasan perumahan

Penutup
-Rumah pangsa dan pangsapuri dibina untuk mengatasi masalah pertambahan penduduk dan kekurangan tanah di kawasan bandar atau di bandar-bandar besar.
-Terdapat kebaikan dan keburukan pembinaan rumah pangsa dan pangsapuri.

9) KEBAIKAN SISTEM STPM BAHARU

9) KEBAIKAN SISTEM STPM BAHARU

Pendahuluan
- Sistem baharu/modular STPM bermula pada Mei 2012 -pelajar kohort pertama mula mendaftar.
- Sebelumnya dikenali sebagai sistem terminal- sistem penggal dengan satu kali sahaja peperiksaan pada akhir pengajian / persekolahan di tingkatan enam.
- Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem baharu itu bagi menyerupai sistem semester di universiti - menjadi sistem prauniversiti kepada tiga penggal pengajian dan tiga kali peperiksaan.

Isi -isi

1. Dapat mengulang subjek yang gagal - peluang baiki keputusan yang kurang baik dengan hanya membayar RM50.00 untuk satu subjek.

2. Kerja kursus untuk semua subjek - hanya ada melalui sistem baharu STPM - banyak membantu pelajar - para guru akan membantu pelajar sebaiknya.

3. Sukatan pelajaran yang dipelajari untuk setiap penggal/ enam bulan belajar akan terus diuji secara berpusat sama seperti di universiti - tidak perlu mengingati apa yang telah dipelajari penggal sebelumnya.

4. Pelajar-pelajar boleh berpakaian biasa / kasual- sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar paling senior di sekolah.

5. Kolej tingkatan enam - sudah ada 10 buah di seluruh negara - terbaru dilancarkan di Kulim, Kedah pada bulan Jun 2016 - satu usaha kerajaan untuk memantapkan imej dan kualiti sistem pendidikan baharu tingkatan enam.

6. Pelajar-pelajar STPM punya laluan masuk program ijazah di universiti lebih tinggi /eksklusif - dapat baucer buku 1Malaysia.

Kesimpulan
- Harap dapat menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam- sistemnya sudah sama dengan universiti.
- Apapun laluan yang pelajar pilih, semuanya bergantung kepada usaha pelajar itu sahaja - sudah banyak terbukti kebaikan belajar di tingkatan enam.

8) SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI PILIHAN MASYARAKAT

8) SEBAB RAWATAN ALTERNATIF MENJADI PILIHAN MASYARAKAT

PENDAHULUAN

1. SKOP – Masyarakat Malaysia
2. KONSEP – Aliran perubatan selain perubatan moden yang diguna pakai di klinik dan hospital sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun pihak swasta. Matlamat – menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan.
3. ISU – Kerajaan membenarkan rawatan alternatif  memasuki hospital kerajaan mengejutkan   banyak pihak, persaingan dengan rawatan moden, pemikiran masyarakat telah berubah dan lebih suka menerima rawatan alternatif. Masyarakat di kawasan bandar cenderung memilih rawatan alternatif / lebih popular.
4. KEHENDAK SOALAN – banyak sebab rawatan alternatif menjadi pilihan masyarakat.

ISI

1. Keberkesanan dalam merawat sesuatu penyakit terutama yang kronik, kritikal, kes kecemasan atau dianggap tiada harapan untuk sembuh

2. Kaedah rawatan alternatif selamat, berkesan dan semula jadi
- menggunakan teknik urutan berbeza daripada rawatan moden
- masyarakat lebih serasi dengan rawatan alternatif bagi mengubati penyakit berkaitan saraf
- tiada proses pembedahan
- kesan baik mengubati penyakit berkaitan saraf ( patah , lumpuh/ strok )

3. Kesan penyembuhan memakan masa yang lebih pantas
- rawatan alternatif tidak menggunakan cara pembedahan – tiada kesan luka
- Tidak menggunakan teknologi tinggi seperti laser, kemoterapi

4. kos rawatan lebih murah berbanding dengan rawatan moden
- ubat – ubatan asli yang didapati daripada tumbuhan, akar kayu
- Guna bahan semula jadi
- ubatan lebih murah menyebabkan kos rawatan lebih murah

5. kurang kesan sampingan berbanding dengan rawatan moden
- guna ramuan asli  bukan peralatan menyebabkan kurang kesan sampingan
- ubatan modan banyak kesan sampingan- kerosakan buah pinggang
- Ubatan perubatan alternatif diambil secara berlebihan  juga tiada kesan sampingan
- Kebanyakan ubatan bebas daripada bahan kimia

6. Layanan memuaskan & menjimatkan masa pesakit
- pesakit diberi layanan istimewa
- tidak perlu menunggu giliran menemui doktor
- tidak terikat peraturan seperti di hospital
- Komunikasi antara pesakit dengan doktor lebih baik

PENUTUP
1. Banyak sebab yang mendorong masyarakat memilih rawatan alternatif
2. cadangan – pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk menaiktaraf perubatan altermatif tetapi perlu kawalan daripada Kementerian Kesihatan
3. Harapan – Rawatan alternatif Malaysia terkenal di persada dunia, penggunaan meluas